Friday 13 July 2012

MISI PENDIDIKAN DAN KEMANUSIAAN UMAT ISLAM KEMBOJA

WAQAF PEMBINAAN INFRASTRUKTUR / TAJAAN DAI’E/GURU/PELAJAR.

PENGENALAN

Pada zaman kekuasaan rejim komunis Pol Pot, umat Islam di Kemboja telah mengalami ujian yang cukup perit. Mereka telah menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai kerana mempertahankan aqidah pegangan mereka. Ulama dan cerdik pandai muslim adalah sasaran utama rejim komunis. Apabila Phnom Penh (ibukota Kemboja) jatuh ke tangan komunis pada tahun 1975, semua ahli Majlis Mufti Kemboja telah ditangkap, dipenjara dan kemudiannya dibunuh. Imam Abdullah bin Idris, Mufti Kemboja ketika itu turut syahid.


Perjalanan udara KL-Phnom Penh hanya 1jam 50 minit.
Akademi Imam Syafi'e lebih menumpukan Misi ini ke wilayah pesisir pantai i.e:Kampot,Kg Soam, Kaoh Kong & Takeo.

Umat Islam Kemboja telah diharamkan daripada menegakkan syiar Islam seperti berpakaian bercirikan Islam, menunaikan solat dan sebagainya. Penggunaan Bahasa Cham juga diharamkan. Masyarakat Cham telah dipecah-pecahkan dan dihantar ke pelbagai tempat yang berjauhan antara satu sama lain melalui pemindahan secara paksa. Sesiapa yang engkar telah dibunuh dengan kejam. 

Namun, rahmat Allah s.w.t sentiasa bersama mereka yang sabar. Vietnam melalui satu bala tentera yang besar telah menyerang Kemboja menyebabkan kejatuhan pemerintahan rejim Pol Pot pada 7 Januari 1979. Secara keseluruhannya, 90,000 umat Islam telah terbunuh dalam tempoh 5 tahun (1975-1979). Kini, jumlah masyarakat Islam Cham dianggarkan sekitar 500,000 – 800,000 daripada 14.5 juta penduduk Kemboja. Mereka hidup dengan serba kedhaifan yang berserakan di seluruh Kemboja.

Kesan daripada peperangan dan penghapusan etnik ini, masyarakat Islam Cham telah mengalami situasi ruang ‘vacum’ dalam pengetahuan serta pemahaman Islam untuk tempoh yang panjang. Kemiskinan tegar yang menghimpit kehidupan menjadi halangan utama untuk mereka bangkit sebagai bangsa berilmu. Kekurangan ini mampu diisi jika umat Islam di luar Kemboja bersikap prihatin dengan semangat bantu membantu atas dasar kebajikan dan taqwa.


Realiti kehidupan sebahagian besar daripada saudara seIslam di Kemboja





Bilik darjah Sekolah Fardhu Ain (Sek Agama)

Kesan peperangan juga telah, menyebabkan proses pendidikan dan pendidikan  Islam khususnya telah terabai. Pembunuhan para ulama’ semasa era komunis Pol Pot telah meninggalkan kesan yang amat besar. Kemampuan umat Islam Kemboja untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna amat terbatas lantaran kemiskinan. Kemampuan badan-badan Islam tempatan yang terbatas untuk membiayai kos pendidikan telah menjadikan keadaan ini semakin sulit. Kemudahan pendidikan yang terhad juga telah mengakibatkan sebahagian besar pelajar Muslim menamatkan pengajian seawal usia 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki. Sebahagian kecil sahaja berpeluang menyambung pengajian ke luar negara. 

Memandangkan pendidikan adalah tunjang untuk membangunkan sesebuah masyarakat serta mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan, maka Akademi Imam Syafi’e (AIS) memulakan inisiatif ini sebagai tanggungjawab membantu saudara seagama di sana. Dengan kerjasama beberapa pihak di Kemboja, AIS memainkan peranan dalam aspek penyelarasan dan penyeliaan misi ini untuk memastikan kejayaannya.



Misi Pendidikan Umat Islam Kemboja dirancang untuk :
  • Membantu masyarakat Islam Kemboja dalam usaha melahirkan generasi pelapis yang berilmu serta berkesedaran agama yang tinggi.
  • Mengumpul dana yang mencukupi serta menyelia penggunaannya selaras dengan matlamat misi.
  • Menyelia pembangunan infrastruktur pusat pendidikan di lokasi yang dikenalpasti dan pengoperasiannya bagi golongan sasaran.
  • Membantu program pendidikan Islam informal bagi masyarakat Islam Kemboja.
Untuk memastikan Misi Pendidikan ini berjalan dengan lancar, AIS telah mengadakan MOU dengan MAJLIS TERTINGGI PIMPINAN UMAT ISLAM KEMBOJA(MAPIK) yang diketuai oleh Mufti Kemboja YBgh Okhna Hj Kamarudin Yusof.



MOU antara MAPIK & AIS. MAPIK diwakili oleh Timbalan Mufti,YB Tuan Zakaryya Adam dan AIS di wakili oleh Pengerusi Pemegang Amanah, Mohd Zamerey Abdul Razak dengan disaksikan Ybhg Mufti Kemboja.


KOMPONEN MISI PENDIDIKAN DAN KEMANUSIAAN KEMBOJA

1. Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e;
AIS telah memilih sekeping tanah waqaf di Kg Keh, Kampot untuk membangunkan sebuah Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e sebagai projek perintis bagi Misi Pendidikan Umat Islam di Kemboja. Ia bakal menjadi sebuah kompleks pendidikan lengkap yang mampu menampung sehingga 200 orang pelajar pada satu-satu masa. Kompleks ini mengandungi sebuah bangunan sekolah 8 bilik darjah 2 tingkat, sebuah bangunan asrama 3 tingkat, 5 unit rumah guru. 


Tapak Bangunan Sekolah pada 26/5/2010
Bangunan Sekolah Dalam Pembinaan: Bertarikh 25/9/2010
Bangunan Sekolah Bertarikh 20/11/2011
Bangunan Sekolah.
Ustaz Isa,Kapten Mohamed Fadhil, Dr Zawawi & Dr Shauqi(belakang)

 Pelajar di dalam kelas Pengajian Islam (Aliran Diini)

Pelajar dalam kelas hafazan 
(Terdapat 60 pelajar yang mengikuti program "3 in 1" yang ditaja oleh AIS. 30 di Tingkatan 1 & 30 di Tingkatan 2) 
Hadiah kepada pelajar yang menjawab soalan kuiz dengan tepat. Moga mereka bakal membangunkan Ummah ini dimasa hadapan.

AJK Maahad Imam Syafi'e, AJK Pemegang Amanah AIS & Rombongan JAKKAS-MIDA.

Kompleks Pendidikan ini telah mula beroperasi pada September 2011 dengan pengambilan 31 orang pelajar berasrama dan 68 pelajar harian. Sehingga kini, kos operasi kompleks melibatkan gaji guru agama, akademik serta tahfiz, utiliti, makanan pelajar asrama adalah ditanggung sepenuhnya oleh AIS melalui tajaan daripada penyumbang secara tahunan.

Sebuah bangunan tambahan 3 tingkat sedang dibangunkan untuk menampung keperluan dewan makan, perpustakaan, pejabat & bilik darjah. 
Kerja-kerja memasang cerucuk di tapak bangunan tambahan di Kompleks Pendidikan Imam Syafi'e 1, Kg Keh,Kampot.

Pembinaan bangunan tambahan di Kompleks Pendidikan Imam Syafi'e 1, Kg Keh,Kampot. 

 Bangunan tambahan dalam pembinaan

Alhamdulillah tingkat bawah telah 95% siap


Sukatan Pendidikan yang digunapakai adalah gabungan Kurikulum Kebangsaan Kementerian Pelajaran Kemboja, Kurikulum Menengah Agama Malaysia iaitu Sijil Menengah Ugama, Sijil Tinggi Agama Malaysia dan Kurikulum Tahfiz-Maahad Tahfiz Sains Yayasan Islam Kelantan.


Tapak Rumah Guru
Rumah Guru Dalam Pembinaan

Tapak Rumah Guru _Kolam telah di tebusguna.
Rumah Guru_Hampir Siap
Rumah Guru_Siap

Pembinaan Asrama

Pembinaan Asrama

Asrama

Asrama Pelajar
Rombongan AIS & JAKKAS-MIDA bersama-sama pelajar-pelajar dihadapan asrama
Dalam asrama


2. Tajaan Da’ie/Guru al Quran/Pelajar;
Sehingga Jun 2012, AIS telah mengurus tajaan elaun 14 guru al-Quran/Fardhu Ain yang berkhidmat di pelbagai kampung serta 16 orang da’ie lulusan universiti/kolej/pondok untuk berkhidmat secara sepenuh masa dalam menyebarkan Islam kepada masyarakat setempat. AIS juga menyumbang tambahan elaun untuk 28 orang guru  di Madrasah Islamiyah Dubai-Phom Penh, Madrasah Ihya’Uddin-Phnom Penh , Madrasah Nikmah al Islamiyah-Kg Keh Kampot dan Madrasah Nikmah al-Islamiyah-Kg Raka Pram 1 Wilayah Kg Cham. 

 Ziarah lapangan ke Madrasah Nikmah al-Islamiyah Kg Raka Pram 1, Wilayah Kg Cham
 Ziarah lapangan ke Madrasah Nikmah al-Islamiyah Kg Raka Pram 1, Wilayah Kg Cham_dalam kelas.
 Perbincangan dengan Mudir Madrasah Islamiyah Dubai, KM 9, Phnom Penh.
Perbincangan bersama Mudir & Guru-guru Madrasah Ihya'Uddin, KM 8, Phnom Penh.

AIS juga menaja 1 pelajar dalam bidang perakaunan dan 6 pelajar perubatan peringkat ijazah pertama di beberapa buah universiti tempatan Kemboja.

3. Pembinaan Infrastruktur Pendidikan;
Sehingga Jun 2012, AIS telah membantu pembinaan sebuah mini asrama yang boleh memuatkan 15 orang pelajar di bandar Kg Som di samping 4 sekolah fardhu ain dan juga pembinaan Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e.

4. Pembinaan Masjid;
Sehingga Jun 2012, AIS telah menguruskan pembinaan 6 buah masjid yang terletak di Kg. Km 8 (Phnom Penh), Kg. Priang Pring, Kg. Tedap, Kg Andong, Kg Tepiang Tepao (Kampot) dan Kg Dai Reb (Koh Kong) melalui dana sumbangan khas untuk pembinaan masjid.

5.Bantuankemudahan/keperluan asas;
Sehingga Jun 2012, AIS telah menguruskan penggalian 80 buah perigi wakaf, sistem penapisan air untuk Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e serta penduduk sekitar Kg. Keh, bantuan bahan makanan asas secara tidak berkala untuk keluarga fakir di samping bantuan kewangan untuk beberapa buah keluarga terpilih.











6. Waqaf Kebun Getah;
AIS telah membeli sebuah getah seluas 13.5 hektar yang berumur 5 tahun di Wilayah Ratanakiri melalui program ”Waqaf Kebun Getah Fasa 1”. Pendapatan dari kebun ini bakal digunakan untuk menampung kos operasi Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e dan aktiviti pendidikan di Kemboja.
 Kebun getah di Wilayah Ratanakiri yang dibeli oleh AIS melalui program Waqaf



MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau maklum balas mengenai misi ini, sila hubungi Jawatankuasa Misi Pendidikan Umat Islam Kemboja, Akademi Imam Syafi‘e seperti berikut:
  1. Mohd Zamerey Bin Abdul Razak,Pengerusi, angahyie@yahoo.co.uk +6012 2942574.
  2. Dr. Mohd Sukki Bin Othman,Setiausaha, shauqi02@yahoo.com. +6019 3241364.
  3. Us. Rahimi Bin Md Saad,AJK, rahimisaad@um.edu.my. +6012 6706655
  4. Dr. Zawawi Bin Ismail, AJK,zawawiismail@um.edu.my. +6013 3515884
Alamat Perhubungan:
No 10, Jalan Damai 7, Taman Desa Damai, Sg. Merab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Tel: +6012 2942574 Fax: +603 79675145 E-Mel: akademimamsyafie@gmail.com

Maklumat terkini juga boleh didapati di: www.facebook.com/akademiimamsyafie

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya”(Al-Baqarah: 261)

Sumbangan boleh dibuat secara terus ke akaun Maybank (553083023763 ) atas nama AKADEMI IMAM SYAFI’E-DANA KEMBOJA.


Bagi tujuan rekod dan penyelarasan, sila maklumkan setiap penyertaan sumbangan/ waqaf/ tajaan yang dibuat melalui; E-Melakademimamsyafie@gmail.com / SMS ke: 012-2942574/ Fax: 03-79675145 / E-Mel AJK di atas. Pastikan Tuan/Puan mendapat jawapan daripada kami.

BORANG WAKALAH SUMBANGAN  WAQAF / TAJAAN

Saya _________________________________________________________________(nama), mewakilkan Akademi Imam Syafi’e untuk membuat sumbangan/ waqaf/ tajaan bagi pihak saya/ penama di atas sebanyak RM ………… untuk tujuan berikut: (sila tandakan x pada petak yang berkenaan).




Waqaf Pembinaan Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e I
[ Bangunan Tambahan 3 tingkat ]

Waqaf Pembelian Tapak Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e II (13 hektar)[ RM 25 / meter persegi ]





Saham Waqaf Kebun Getah Fasa II.
[ RM100/Unit ]

Tajaan Elaun Guru Quran & Agama / Dai’e di Kemboja.
[USD 50 @ 70 / Bulan / Guru ]





Tajaan Pelajar Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e
[ USD 35 / Pelajar / Bulan ]

Tajaan Pelajar IPT
[ USD 50-100 / Pelajar / Bulan ]



***   Bersama ini disertakan wang tunai/cek bernombor……………..……../ wang dimasukkan dalam akaun Maybank Islamic (553083023763 ) atas nama AKADEMI IMAM SYAFI’E-DANA KEMBOJA sebanyak RM……………. untuk tindakan pihak tuan.



Tandatangan
………………………………………………………
Tarikh
………………………………………………………
No. Tel/ HP                
………………………………………………………
Alamat
………………………………………………………
E-mail       
………………………………………………………

………………………………………………………

Bagi tujuan rekod dan penyelarasan, sila maklumkan setiap penyertaan sumbangan/ waqaf/ tajaan yang dibuat melalui; E-Mel: akademimamsyafie@gmail.com / SMS ke: 012-2942574/ Fax/ E-Mel: AJK di atas. Pastikan Tuan/Puan mendapat jawapan daripada kami.