Tuesday 31 December 2013

PELABURAN AKHIRAT_TAJAAN PELAJAR PERUBATAN & FARMASI DI KEMBOJA



Pemegang Amanah Akademi Imam Syafi'e mengucapkan jazaakumullahukhairan atas sokongan yang berterusan dari semua pihak yang sentiasa menyokong,menaja,menyumbang idea,semangat dan juga material.

Dimaklumkan penajaan guru/dai'e/guru fardhu ain & pelajar di asrama MIS sudah penuh. Alhamdulillah dan baarakallah fiikum kepada semua yang menjayakan usaha mengumpul tajaan. 

Akademi Imam Syafi'e sedang membuka tajaan baru untuk 6 pelajar dibidang perubatan & farmasi yang sedang belajar di University of Health Science di Phnom Penh,Cambodia & International University,Cambodia

Untuk makluman, tajaan sekarang akan tamat 31 Januari 2014.Terdapat 6 pelajar yang diselia tajaan oleh AIS. Tajaan 2013 adalah sumbangan dua hamba Allah /pihak dan gabungan Dana Umum Pendidikan AIS. Moga jariah mereka diganjari Allah swt dengan kebaikan yang berganda di dunia dan akhirat.

Berikut senarai pelajar yang diselia tajaan oleh AIS & jumlah tajaan untuk 2014.


Nama
Saradiri Setahun
Penaja
Yuran Pengajian Tahunan
Penaja
Mr Him Navi,
Year 3,
Medicine,
University of Health Science, Phnom Penh, Cambodia.

USD50 x 12
= USD600

30% of USD1400 = USD420

Ms Kop Rafimas
Year 3,
Pharmacy,
University of Health Science, Phnom Penh, Cambodia.

USD70 x 12 = USD840

100% of USD1400 = USD1400

Ms Note Noyas
Year 6,
Pediatrician,
International University, Cambodia.
USD70 x 12 = USD840.

100% of USD1500 = USD1500

Ms Sen Samiros,
Year 4,
Medicine,
University of Health Science, Phnom Penh, Cambodia.

USD70 x 12 = USD840.

100% of USD1000 = USD1000

Ms Sin Fanita
Year 5,
University of Health Science, Phnom Penh, Cambodia.

USD50 x 12 = USD600

50% of USD1200 = USD600

Mr Sos Refin
Year 3,
Medicine,
University of Health Science, Phnom Penh, Cambodia.

USD70 x 12 = USD840

100% of USD1200 = USD1200


Kepada yang berminat dan sudi untuk penajaan baru, sila email/sms/ whatsap komitment Tuan/Puan dengan segera dan pastikan Tuan/Puan mendapat pengesahan dari Urusetia sebelum membuat sumbangan. Ini bagi memastikan tidak berlaku pertindihan penajaan.

Kami boleh dihubungi melalui email: akademimamsyafie@gmail.com atau telefon: +60193202574. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.facebook.com/akademiimamsyafie

Diucapkan jazaakumullahukhairan atas sokongan yang berterusan, semoga kita
semua dipayungi rahmat dan keberkatanNya.

Ustaz Rahimi,AJK Pemegang Amanah AIS bersama 6 pelajar perubatan & farmasi yang diselia tajaan mereka oleh AIS.

Tuesday 24 December 2013

PELUANG PELABURAN AKHIRAT MELALUI TAJAAN OPERASI DAN SARA DIRI PELAJAR DI MAAHAD IMAM SYAFI'E UNTUK TAHUN 2014


Penajaan 2014 mula ditawarkan untuk dipilih oleh para penaja dan penyumbang. Mudah-mudahan ia menjadi AMAL JARIAH yang sentiasa mengalirkan pulangan serta akan membantu kita semua di alam berikutnya.
  1. Tajaan pelajar di asrama Maahad Imam Syafi'e Kg Keh, Kampot,
  2.  Kemboja serendah RM120/ pelajar / bulan.

  3. Tajaan Dai'e / Guru Fardhu Ain/Guru Quran / Tenaga Pengajar dan Petugas di Maahad Imam Syafi'e Kg Keh, Kampot, Kemboja dari RM165 - RM700 sebulan.

Kami di Akademi Imam Syafi'e-Dana Kemboja mengucapkan jazaakumullahukhairan kepada semua penaja 2013 yang telah membantu melancarkan usaha membangunkan Modal Ummah dikalangan saudara seIslam di Kemboja. Semoga tajaan Tuan/Puan diganjari Allah swt dengan kebaikan yang berganda didunia & akhirat.


Kepada para penaja 2013, sekiranya Tuan/Puan masih sudi menaja untuk tahun 2014, kami amat menghargainya dan memohon jasabaik pihak Tuan/Puan maklumkan segera kepada Urusetia hasrat tersebut dengan kadar segera supaya tidak berlaku pertindihan penajaan.

Kepada yang berminat dan sudi untuk penajaan baru, sila email/sms/ whatsap komitment Tuan/Puan dengan segera dan pastikan Tuan/Puan mendapat pengesahan dari Urusetia sebelum membuat sumbangan. Ini bagi memastikan tidak berlaku pertindihan penajaan.

Kami boleh dihubungi melalui email: akademimamsyafie@gmail.com atau telefon: +60193202574. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.facebook.com/akademiimamsyafie

Diucapkan jazaakumullahukhairan atas sokongan yang berterusan, semoga kita
semua dipayungi rahmat dan keberkatanNya.
 Hajjah Azizah bersama anak angkat tajaan beliau di Maahad Imam Syafi'e Kg Keh

 Pelajar-pelajar inilah yang merupakan Modal Ummah

 Keceriaan yang menunjukkan mereka sebenarnya mampu kehadapan dengan sokongan dan bantuan dari kita semua.

"Rebun" yang perlu dilentur supaya membentuk "buluh" yang bermanfaat untuk Islam dan Muslimin.

Mereka adalah masa depan.....pembangunan ilmu amat penting dalam menyiapkan mereka mendepani hari depan.

Ustaz Rahimi bersama 6 pelajar perubatan & farmasi yang diselia tajaan mereka oleh AIS