Friday 22 August 2014

IBADAH KORBAN & AQIQAH 1435H

Korban & Aqiqah anjuran Akademi Imam Syafi'e yang akan dilaksanakan di Sri Langka, Bangladesh & Sumatera Utara. (Sumatera Utara hanya untuk korban/aqiqah Kambing sahaja)

Lembu RM270/bahagian, Kambing RM600/ekor.

Bayaran terus ke Maybank AKADEMI IMAM SYAFI'E-DANA KEMBOJA: 553083023763. Setelah bank in ke Akaun diatas, sila maklumkan urusetia melalui email akademimamsyafie@gmail.com atau sms ke 0193202574. 

Lafaz wakil: 

Saya______(nama) wakilkan Akademi Imam Syafi'e menguruskan ( )ekor/ bahagian korban saya/kami RM____(iaitu harga & kos pelaksanaan) Jika ada lebihan harga & kos pelaksanaan, Saya/Kami mengizinkan Akademi menyalurkan kpd Operasi/Pembangunan Pendidikan seliaan Akademi Imam Syafi'e.

Tarikh tutup penyertaan ialah 30/9/2014. Sila pastikan penyertaan Tuan/Puan mendapat jawapan dari urusetia samada melalui sms/whatsap atau email. 

T.kasih kerana membantu kami membantu saudara seIslam.

Ahli Jawatankuasa Pemegang Amanah Akademi Imam Syafi'e:
1) Mohd Zamerey Abdul Razak, Pengerusi: 0122942574.
2) Dr Mohd Sukki (Shauqi) Othman. Setiausaha: 0193241364.
3) Ust Rahimi Md Saad. AJK: 0126706655.
4) Dr Zawawi Ismail. AJK: 0133515884.

Nota
  • Ibadah Korban di Kemboja hanya akan dilaksanakan atas permintaan khusus. 
  • Aqiqah di Kemboja hanya difokuskan di Maahad Imam Syafi'e di Kg Keh dan kawasan sekitarnya.

Sunday 29 June 2014

PEMBANGUNAN KOMPLEKS ASRAMA PELAJAR PEREMPUAN DI MAAHAD IMAM SYAFI'E, KG KEH. Siri 1

Alhamdulillah kerja menambak tapak Kompleks Asrama Pelajar Perempuan telah berjaya disempurnakan. "Soil Testing" pula telah dilakukan pada 22 Jun 2014, ianya untuk mengetahui kedudukan tanah dan kedalaman cerucuk yang perlu ditanam untuk menampung bangunan setinggi empat tingkat.

Kerja-kerja "Soil Testing" sedang dilakukan


Tambahan kepada tapak pembangunan Kompleks ini telah dibeli dan diwaqafkan oleh Peserta Rombongan Ziarah 21-23 Jun 2014. Mereka telah bertindak melancarkan Tabung Waqaf "Segera" dan berjaya mengumpul hampir RM6000 dan telah memberi komitmen untuk membiayai kos keseluruhan tambahan tapak ini iaitu USD3500.
 Tapak Waqaf Tambahan
 Perbincangan dan melancarkan Tabung Waqaf "Segera" oleh Ketua Rombongan Tuan Hj Hasan

 Bergambar ditapak tanah Waqaf Tambahan
Penyerahan Sumbangan Waqaf "Segera" oleh Tuan Haji Hasan kepada Dr Zawawi AJK Pemegang Amanah AIS.

Semoga semua usaha ini diterima sebagai jariah disisi Allah swt. Sesungguhnya anda semua adalah ahli perniagaan yang berurusniaga dengan Allah swt dan pasti ianya memberi keuntungan.


Sunday 1 June 2014

CADANGAN PEMBINAAN KOMPLEKS ASRAMA PEREMPUAN DI MAAHAD IMAM SYAFI'E,KG KEH, WILAYAH KAMPOT, KEMBOJA.

Alhamdulillah cadangan oleh Pemegang Amanah Akademi Imam Syafi'e untuk membina Kompleks Asrama Pelajar Perempuan telah dipersetujui oleh Mesyuarat AJK Pengelola Maahad Imam Syafi'e (MIS) Kg Keh,Kampot,Kemboja pada 11 Mei 2014.

Tiga lot tanah dengan keluasan keseluruhan 1701 meter persegi telah diuruskan pembelian dengan harga USD15,000. Alhamdulillah, tanah ini telahpun ditaja pembelian dan diwaqafkan kembali oleh En Khairul Izman Kamal. Didoakan beliau, keluarganya dan hartanya diberkati & dirahmati Allah swt.

Kompleks ini dicadangkan kerana permintaan kemasukan pelajar-pelajar perempuan semakin meningkat. Sebahagian besar dari mereka adalah dari kawasan yang jauh. Bahkan terdapat sebahagian daripada mereka sanggup menumpang dirumah saudara mara berhampiran MIS semata-mata untuk membolehkan mereka menuntut ilmu. Adalah suatu kewajaran untuk kita semua berusaha menyediakan keperluan serta kemudahan yang selesa bagi memastikan pelajar-pelajar ini mendapat peluang menuntut ilmu dengan sempurna dan sama seperti pelajar lelaki.

Berikut adalah tapak cadangan Kompleks Asrama Pelajar Perempuan.   













Wakil Pemegang Amanah Akademi Imam Syafi'e, Ahli Jawatankuasa Pengelola, sebahagian daripada guru Maahad Imam Syafi'e meninjau tapak cadangan Kompleks.



Setelah persetujuan dengan Tuan tanah tentang harga dan kemudahan jalan dari bangunan baru MIS ke tapak ini dicapai, kerja-kerja menyiapkan jalan ke tapak ini telah dimulakan pada 29 Mei 2014. Bermula dari pagar Bangunan Tambahan(Markaz Aisyah al-Jabri)  

 


Alhamdulillah, kerja-kerja menambak tapak kompleks telah dimulakan pada 30 Mei 2014.
 










PELABURAN AKHIRAT

Kepada Muslimin/Muslimat yang berminat untuk menambah pelaburan akhirat khususnya dalam usaha menyiapkan kompleks ini, bolehlah menghubungi kami ditalian: +60122942574 atau +60193202574 atau email di akademimamsyafie@gmail.com.

Perancangan dan kos anggaran pembinaan adalah seperti berikut:
PERKARA
(USD)

Asrama (8m x 32m x 4)
160,000

Rumah Guru (20m x 6.5m x 5 unit)
60,000

Kelengkapan(Meja kerusi,katil,pendawaian & perigi)
25,000

JUMLAH
245,000



Jika ingin mewaqafkan mengikut keluasan, Muslimin & Muslimat boleh menyumbang USD156.50 / RM516 untuk keluasan 1 meter persegi pembinaan bangunan asrama. 

Dengan izin Allah swt, majlis pecah tanah pembinaan Kompleks Asrama Pelajar Perempuan Maahad Imam Syafi'e di jangka akan diadakan pada 21 Jun 2014.

Semoga usaha ini dipermudah,dirahmati dan diberkati Allah swt.

Friday 14 February 2014

MISI PENDIDIKAN & KEMANUSIAAN SABAH

Pada 7-9 Febuari 2014, AJK Pemegang Amanah Akademi Imam Syafi'e telah meninjau keadaan saudara-saudara kita & peluang-peluang bantuan pendidikan dan kemanusiaan di Kota Kinabalu, Kiulu, Tuaran, Tawau & Kalabakan. Semoga usaha ini dipermudahkan Allah swt.

Pada 7/2/2014, AJK Pemegang Amanah AIS telah dibawa ke Kiulu & Tuaran yang jarak perjalanan -+1 jam 30 minit dari Kota Kinabalu.

Selepas menunaikan solat Jumaat pada 7/2/2014 di Masjid al-Hidayah Pekan Kiulu Tuaran, Sabah. 

Saudara Fairuz, Dr Mohd Shauqi Othman, Mohd Zamerey Abdul Razak, Us Rahimi Md Saad,Dr Zawawi Ismail, Us Roslan & Saudara Josh di tanah lapang bersebelahan Masjid.


Kiulu telah menarik perhatian AJK. Ianya terletak berhampiran Tuaran dengan dikelilingi oleh 103 kampung. Penduduknya berjumlah -+21,000 orang. Terdapat saudara seIslam seramai 2158 (bancian2013).

Terdapat sebuah masjid dan sekolah. Jarak antara Masjid al-Hidayah Pekan Kiulu,Tuaran dan SMK Tun Fuad Stephen -+100 meter sahaja.

SMK ini mempunyai asrama tetapi tidak mencukupi untuk menampung para pelajar yang datang dari 103 kampung di sekitar dan pendalaman. Teramat wajar dibina asrama di sini untuk membantu anak-anak di Kiulu mendapatkan penginapan yang sesuai,selesa dan menjimatkan masa perjalanan mereka dari rumah yang terletak di pendalaman.

Terdapat tanah lapang bersebelahan Masjid Kiulu Tuaran yang telah ditambak oleh pihak AJK Masjid. Mereka sedang merancang pembinaan asrama untuk kemudahan para pelajar dan saudara baru. Mereka sedang dan masih mencari pihak-pihak yang sudi membantu.

Dewan serbaguna masjid sekarang ini digunakan untuk kelas KAFA. Ianya boleh ditambahnilai dengan menyediakan kelas-kelas tuisyen bagi membantu anak-anak Kiulu. 

Sesiapa yang sudi bergandingan dengan Akademi Imam Syafi'e untuk tujuan ini, boleh hubungi kami di talian hotline AIS; +60122942574 atau email akademimamsyafie@gmail.com.

Moga Allah swt permudahkan hasrat dan cita-cita ini.


ZIARAH TAWAU & KALABAKAN (8-9/2/2014)





 











SMKA ISLAMIAH, TAWAU