Sunday 1 June 2014

CADANGAN PEMBINAAN KOMPLEKS ASRAMA PEREMPUAN DI MAAHAD IMAM SYAFI'E,KG KEH, WILAYAH KAMPOT, KEMBOJA.

Alhamdulillah cadangan oleh Pemegang Amanah Akademi Imam Syafi'e untuk membina Kompleks Asrama Pelajar Perempuan telah dipersetujui oleh Mesyuarat AJK Pengelola Maahad Imam Syafi'e (MIS) Kg Keh,Kampot,Kemboja pada 11 Mei 2014.

Tiga lot tanah dengan keluasan keseluruhan 1701 meter persegi telah diuruskan pembelian dengan harga USD15,000. Alhamdulillah, tanah ini telahpun ditaja pembelian dan diwaqafkan kembali oleh En Khairul Izman Kamal. Didoakan beliau, keluarganya dan hartanya diberkati & dirahmati Allah swt.

Kompleks ini dicadangkan kerana permintaan kemasukan pelajar-pelajar perempuan semakin meningkat. Sebahagian besar dari mereka adalah dari kawasan yang jauh. Bahkan terdapat sebahagian daripada mereka sanggup menumpang dirumah saudara mara berhampiran MIS semata-mata untuk membolehkan mereka menuntut ilmu. Adalah suatu kewajaran untuk kita semua berusaha menyediakan keperluan serta kemudahan yang selesa bagi memastikan pelajar-pelajar ini mendapat peluang menuntut ilmu dengan sempurna dan sama seperti pelajar lelaki.

Berikut adalah tapak cadangan Kompleks Asrama Pelajar Perempuan.   













Wakil Pemegang Amanah Akademi Imam Syafi'e, Ahli Jawatankuasa Pengelola, sebahagian daripada guru Maahad Imam Syafi'e meninjau tapak cadangan Kompleks.



Setelah persetujuan dengan Tuan tanah tentang harga dan kemudahan jalan dari bangunan baru MIS ke tapak ini dicapai, kerja-kerja menyiapkan jalan ke tapak ini telah dimulakan pada 29 Mei 2014. Bermula dari pagar Bangunan Tambahan(Markaz Aisyah al-Jabri)  

 


Alhamdulillah, kerja-kerja menambak tapak kompleks telah dimulakan pada 30 Mei 2014.
 










PELABURAN AKHIRAT

Kepada Muslimin/Muslimat yang berminat untuk menambah pelaburan akhirat khususnya dalam usaha menyiapkan kompleks ini, bolehlah menghubungi kami ditalian: +60122942574 atau +60193202574 atau email di akademimamsyafie@gmail.com.

Perancangan dan kos anggaran pembinaan adalah seperti berikut:
PERKARA
(USD)

Asrama (8m x 32m x 4)
160,000

Rumah Guru (20m x 6.5m x 5 unit)
60,000

Kelengkapan(Meja kerusi,katil,pendawaian & perigi)
25,000

JUMLAH
245,000



Jika ingin mewaqafkan mengikut keluasan, Muslimin & Muslimat boleh menyumbang USD156.50 / RM516 untuk keluasan 1 meter persegi pembinaan bangunan asrama. 

Dengan izin Allah swt, majlis pecah tanah pembinaan Kompleks Asrama Pelajar Perempuan Maahad Imam Syafi'e di jangka akan diadakan pada 21 Jun 2014.

Semoga usaha ini dipermudah,dirahmati dan diberkati Allah swt.

No comments:

Post a Comment