Tuesday 31 December 2013

PELABURAN AKHIRAT_TAJAAN PELAJAR PERUBATAN & FARMASI DI KEMBOJA



Pemegang Amanah Akademi Imam Syafi'e mengucapkan jazaakumullahukhairan atas sokongan yang berterusan dari semua pihak yang sentiasa menyokong,menaja,menyumbang idea,semangat dan juga material.

Dimaklumkan penajaan guru/dai'e/guru fardhu ain & pelajar di asrama MIS sudah penuh. Alhamdulillah dan baarakallah fiikum kepada semua yang menjayakan usaha mengumpul tajaan. 

Akademi Imam Syafi'e sedang membuka tajaan baru untuk 6 pelajar dibidang perubatan & farmasi yang sedang belajar di University of Health Science di Phnom Penh,Cambodia & International University,Cambodia

Untuk makluman, tajaan sekarang akan tamat 31 Januari 2014.Terdapat 6 pelajar yang diselia tajaan oleh AIS. Tajaan 2013 adalah sumbangan dua hamba Allah /pihak dan gabungan Dana Umum Pendidikan AIS. Moga jariah mereka diganjari Allah swt dengan kebaikan yang berganda di dunia dan akhirat.

Berikut senarai pelajar yang diselia tajaan oleh AIS & jumlah tajaan untuk 2014.


Nama
Saradiri Setahun
Penaja
Yuran Pengajian Tahunan
Penaja
Mr Him Navi,
Year 3,
Medicine,
University of Health Science, Phnom Penh, Cambodia.

USD50 x 12
= USD600

30% of USD1400 = USD420

Ms Kop Rafimas
Year 3,
Pharmacy,
University of Health Science, Phnom Penh, Cambodia.

USD70 x 12 = USD840

100% of USD1400 = USD1400

Ms Note Noyas
Year 6,
Pediatrician,
International University, Cambodia.
USD70 x 12 = USD840.

100% of USD1500 = USD1500

Ms Sen Samiros,
Year 4,
Medicine,
University of Health Science, Phnom Penh, Cambodia.

USD70 x 12 = USD840.

100% of USD1000 = USD1000

Ms Sin Fanita
Year 5,
University of Health Science, Phnom Penh, Cambodia.

USD50 x 12 = USD600

50% of USD1200 = USD600

Mr Sos Refin
Year 3,
Medicine,
University of Health Science, Phnom Penh, Cambodia.

USD70 x 12 = USD840

100% of USD1200 = USD1200


Kepada yang berminat dan sudi untuk penajaan baru, sila email/sms/ whatsap komitment Tuan/Puan dengan segera dan pastikan Tuan/Puan mendapat pengesahan dari Urusetia sebelum membuat sumbangan. Ini bagi memastikan tidak berlaku pertindihan penajaan.

Kami boleh dihubungi melalui email: akademimamsyafie@gmail.com atau telefon: +60193202574. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.facebook.com/akademiimamsyafie

Diucapkan jazaakumullahukhairan atas sokongan yang berterusan, semoga kita
semua dipayungi rahmat dan keberkatanNya.

Ustaz Rahimi,AJK Pemegang Amanah AIS bersama 6 pelajar perubatan & farmasi yang diselia tajaan mereka oleh AIS.

Tuesday 24 December 2013

PELUANG PELABURAN AKHIRAT MELALUI TAJAAN OPERASI DAN SARA DIRI PELAJAR DI MAAHAD IMAM SYAFI'E UNTUK TAHUN 2014


Penajaan 2014 mula ditawarkan untuk dipilih oleh para penaja dan penyumbang. Mudah-mudahan ia menjadi AMAL JARIAH yang sentiasa mengalirkan pulangan serta akan membantu kita semua di alam berikutnya.
  1. Tajaan pelajar di asrama Maahad Imam Syafi'e Kg Keh, Kampot,
  2.  Kemboja serendah RM120/ pelajar / bulan.

  3. Tajaan Dai'e / Guru Fardhu Ain/Guru Quran / Tenaga Pengajar dan Petugas di Maahad Imam Syafi'e Kg Keh, Kampot, Kemboja dari RM165 - RM700 sebulan.

Kami di Akademi Imam Syafi'e-Dana Kemboja mengucapkan jazaakumullahukhairan kepada semua penaja 2013 yang telah membantu melancarkan usaha membangunkan Modal Ummah dikalangan saudara seIslam di Kemboja. Semoga tajaan Tuan/Puan diganjari Allah swt dengan kebaikan yang berganda didunia & akhirat.


Kepada para penaja 2013, sekiranya Tuan/Puan masih sudi menaja untuk tahun 2014, kami amat menghargainya dan memohon jasabaik pihak Tuan/Puan maklumkan segera kepada Urusetia hasrat tersebut dengan kadar segera supaya tidak berlaku pertindihan penajaan.

Kepada yang berminat dan sudi untuk penajaan baru, sila email/sms/ whatsap komitment Tuan/Puan dengan segera dan pastikan Tuan/Puan mendapat pengesahan dari Urusetia sebelum membuat sumbangan. Ini bagi memastikan tidak berlaku pertindihan penajaan.

Kami boleh dihubungi melalui email: akademimamsyafie@gmail.com atau telefon: +60193202574. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari www.facebook.com/akademiimamsyafie

Diucapkan jazaakumullahukhairan atas sokongan yang berterusan, semoga kita
semua dipayungi rahmat dan keberkatanNya.
 Hajjah Azizah bersama anak angkat tajaan beliau di Maahad Imam Syafi'e Kg Keh

 Pelajar-pelajar inilah yang merupakan Modal Ummah

 Keceriaan yang menunjukkan mereka sebenarnya mampu kehadapan dengan sokongan dan bantuan dari kita semua.

"Rebun" yang perlu dilentur supaya membentuk "buluh" yang bermanfaat untuk Islam dan Muslimin.

Mereka adalah masa depan.....pembangunan ilmu amat penting dalam menyiapkan mereka mendepani hari depan.

Ustaz Rahimi bersama 6 pelajar perubatan & farmasi yang diselia tajaan mereka oleh AIS

Friday 6 September 2013

MISI PENDIDIKAN DAN KEMANUSIAAN UMAT ISLAM: KEMBOJA, ACEH & BANGLADESH -IBADAH KORBAN, AQIQAH, WAQAF DAN TAJAAN.


IBADAH KORBAN/AQIQAH DI BANGLADESH & KEMBOJA
Lembu:RM250/Bahagian. Kambing:RM550/Ekor.


Saudara-saudara Islam kita di Kemboja & Bangladesh hidup dalam keadaan yang dhaif dan menyedihkan. Mereka amat memerlukan sumbangan dan bantuan daripada masyarakat yang prihatin dan masyarakat yang menghayati konsep persaudaraan di dalam Islam. Menyedari hakikat ini, AKADEMI IMAM SYAFI’E(AIS) di atas nama KEBAJIKAN mengambil inisiatif untuk mengerakkan Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Umat Islam bagi menyempurnakan tanggungjawab terhadap saudara seagama yang sedang berada dalam kesusahan. Diantara aktiviti misi ini ialah menguruskan pelaksanaan ibadah korban/ aqiqah, bantuan elaun kepada Dai’e/ Guru/ Guru-guru al-Quran, Tajaan pelajar dan pembinaan Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e di Kg Keh, Wilayah Kampot, Kemboja & Pembinaan Wisma Imam Syafi’e di Pesantren Wirausaha, Aceh Temiang.

Pihak AIS telah menguruskan pelaksanaan Ibadah Korban dan Aqiqah di Kemboja sejak tahun 1430H. Pada tahun 1433H yang lalu AIS telah diamanahkan untuk melaksanakan ibadah korban dan aqiqah bagi sejumlah 213 ekor lembu dan 80 ekor kambing. Program Korban & Aqiqah tersebut telah dilaksanakan di 25 pusat terpilih di Wilayah Kampot, Wilayah Kg Som,Wilayah Koh Kong, Phnom Penh,Wilayah Kg Cham dan Wilayah Prey Veng.

Penyertaan ini datang daripada individu di Malaysia, Qatar, UAE, Oman, Arab Saudi dan juga penyertaan melalui pertubuhan/organisasi yang bekerjasama dengan AIS seperti Badan Kebajikan Kakitangan Islam BNM, Kelab Sukan dan Rekreasi Kumpulan PNB-Biro Endah, JAKKAS-MIDA, BAKKIS-RHB, Wargakerja Asian Finance Bank, Warga Kerja TECHNIP, Wargakerja EXXON MOBIL, Wargakerja TNBF, Surau ar-Raudhah Nusa Subang dan lain lain.

Menjadi amalan Akademi Imam Syafi’e sebarang lebihan dari kos belian ternakan dan kos pelaksanaan ibadah korban/aqiqah, akan disalurkan kepada Tabung Pembinaan/Operasi Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e dan Tabung Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Umat Islam seliaan AIS. Lebihan kos bagi tahun 1433H yang lalu, telah menyumbang kepada sebahagian daripada kos pembinaan bangunan tambahan di Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e dan menampung sebahagian daripada perbelanjaan operasi/aktiviti misi pendidikan dan kemanusiaan dibawah seliaan AIS. Pada tahun ini, jika terdapat sebarang lebihan ia juga akan disalurkan untuk tujuan yang sama.

PROGRAM KORBAN/AQIQAH KEMBOJA & BANGLADESH.

“Idul Adha adalah hari yang sangat ditunggu-tunggu oleh mereka dan disambut dengan begitu meriah. Perayaan ini merupakan peluang untuk mereka menikmati juadah istimewa iaitu daging-daging lembu atau kambing yang disembelih sebagai ibadah korban/aqiqah. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka dengan kehadiran ‘Idul Adha.
Bagi menjiwai suasana tersebut, AIS menggalakkan para peserta ibadah korban dan aqiqah 1434H untuk turut serta ke sana bagi meraikan ‘Idul Adha bersama-sama saudara seIslam di sana serta menyelami kehidupan yang mereka lalui.
Selain dapat mengembirakan saudara seIslam dengan daging-daging dari pelaksanaan ibadah korban/aqiqah ini, AIS juga berusaha menyesuaikan bantuan “one-off” ini agar dapat dikembangkan untuk membantu strategi  pembangunan jangkapanjang terutamanya melalui perancangan pembangunan pendidikan. Penyesuaian ini dirangka agar ianya dapat membantu membangunkan mereka melalui penguasaan ilmu pengetahuan.
Sokongan dan bantuan ini bakal membantu mereka untuk bangkit sebagai Muslim yang mempunyai jatidiri serta mampu memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.
BORANG WAKALAH IBADAH KORBAN / AQIQAH
Saya ........................................................................................... (nama),  mewakilkan kepada Akademi Imam Syafi’e untuk menguruskan pelaksanaan ibadah korban / aqiqah sebanyak ............... bahagian lembu/ekor kambing dengan bayaran RM ............…..... (harga & kos pelaksanaan) bagi pihak saya dan/atau penama-penama dibawah. Saya juga bersetuju untuk menyumbang lebihan harga & kos pelaksanaan -(jika ada)- untuk pembinaan/operasi/ aktiviti pendidikan seliaan Akademi Imam Syafi’e.
1

4

2

5

3

6

7




***   Bersama ini disertakan wang tunai/cek bernombor……………..……../ wang dimasukkan dalam akaun Maybank Islamic (553083023763 ) atas nama AKADEMI IMAM SYAFI’E-DANA KEMBOJA sebanyak RM……………. untuk tindakan pihak tuan.
Tandatangan
………………………………………………………
Tarikh
………………………………………………………
No. Tel/ HP                
………………………………………………………
Alamat
………………………………………………………
E-mail       
………………………………………………………

………………………………………………………

Bagi tujuan rekod dan penyelarasan, sila maklumkan setiap penyertaan korban/aqiqah yang dibuat melalui; E-Mel: akademimamsyafie@gmail.com / SMS ke: 012-2942574/Fax/ E-Mel: AJK di atas. Sila  pastikan Tuan/Puan mendapat jawapan penyertaan daripada kami.


MISI PENDIDIKAN DAN KEMANUSIAAN UMAT ISLAM 

Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Umat Islam anjuran Akademi Imam Syafi’e untuk tahun 1434/2013 diperluaskan ke Bangladesh dan Aceh selain mengekalkan aktiviti di Kemboja. Bantuan berkaitan pendidikan adalah fokus utama demi mengubah paradigma kehidupan saudara seIslam kepada yang lebih baik.  
Kesan daripada kemiskinan dan pelbagai musibah, saudara seIslam di negara – negara yang dinyatakan ini telah mengalami situasi ruang ‘vacum’ dalam pengetahuan serta pemahaman Islam untuk tempoh yang panjang. Kemiskinan tegar yang menghimpit kehidupan menjadi halangan utama untuk mereka bangkit sebagai bangsa berilmu. Kekurangan ini mampu diisi jika umat Islam dari luar bersikap prihatin dengan semangat bantu membantu atas dasar kebajikan dan taqwa. Kemampuan saudara seIslam untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna amat terbatas lantaran kemiskinan. Kemampuan badan-badan Islam tempatan yang terbatas untuk membiayai kos pendidikan telah menjadikan keadaan ini semakin sulit. Kemudahan pendidikan yang terhad juga telah mengakibatkan sebahagian besar pelajar Muslim menamatkan pengajian awal. Sebahagian kecil sahaja berpeluang menyambung pengajian ke luar negara.
Memandangkan pendidikan adalah tunjang untuk membangunkan sesebuah masyarakat serta mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan, maka Akademi Imam Syafi’e (AIS) memulakan inisiatif ini sebagai tanggungjawab membantu saudara seagama di sana. Dengan kerjasama beberapa pihak tempatan, AIS memainkan peranan dalam aspek penyelarasan dan penyeliaan misi ini untuk memastikan kejayaannya.
Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Umat Islam digerakkan untuk :
  •  Membantu masyarakat Islam tempatan dalam usaha melahirkan generasi pelapis yang berilmu serta berkesedaran agama yang tinggi.
  •  Mengumpul dana yang mencukupi serta menyelia penggunaannya selaras dengan matlamat misi.
  •  Menyelia pembangunan infrastruktur pusat pendidikan di lokasi yang dikenalpasti dan pengoperasiannya bagi golongan sasaran.
  •  Merancang serta membantu program pendidikan Islam informal bagi masyarakat Islam.


MISI PENDIDIKAN DAN KEMANUSIAAN UMAT ISLAM KEMBOJA (Bermula sejak 2009)
    1.      Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e;
Kompleks ini telah dibangunkan atas sekeping tanah waqaf di Kg Keh, Kampot. Ia adalah sebuah kompleks pendidikan lengkap yang mampu menampung sehingga 300 orang pelajar pada satu-satu masa. Ia mengandungi 1 bangunan sekolah (8 bilik darjah), 1 bangunan asrama 3 tingkat, 5 unit rumah guru. Sebuah bangunan tambahan 3 tingkat sedang dibangunkan untuk menampung keperluan dewan makan, perpustakaan, pejabat & bilik darjah.Sumbangan untuk menampung kos pembinaan ini amatlah dialu-alukan.Sukatan Pendidikan yang digunapakai adalah gabungan Kurikulum Kebangsaan Kemboja, Kurikulum Menengah Agama Malaysia (SMU & STAM) dan Kurikulum Tahfiz (Maahad Tahfiz Sains Yayasan Islam Kelantan). Kompleks Pendidikan ini telah mula beroperasi pada September 2011, sekarang ini terdapat 60 pelajar pelajar berasrama dan 59 pelajar harian. Sehingga kini, kos operasi kompleks melibatkan gaji guru agama, akademik serta tahfiz, utiliti, makanan pelajar asrama adalah ditanggung  sepenuhnya oleh AIS melalui tajaan daripada penyumbang secara tahunan.

BANGUNAN ASRAMA PELAJAR
 

2.      Tajaan Da’ie/Guru/ Guru al Quran/Fardhu Ain/ Pelajar;
AIS telah mengurus tajaan elaun 14 guru al-Quran/Fardhu Ain yang berkhidmat di pelbagai kampung serta 16 orang da’ie lulusan universiti/kolej/pondok untuk berkhidmat secara sepenuh masa dalam menyebarkan Islam kepada masyarakat setempat. AIS juga menyumbang tambahan elaun untuk 28 orang guru  di Madrasah Islamiyah Dubai-Phom Penh.

AIS juga telah menaja seorang pelajar dalam bidang perakaunan dan 6 pelajar perubatan peringkat ijazah pertama di beberapa buah universiti tempatan Kemboja.

     3.      Pembinaan Infrastruktur Pendidikan;
  AIS telah menguruskan amanah bagi membinaan sebuah mini asrama yang boleh memuatkan 15 orang pelajar di bandar Kg Som di samping 4 bangunan kelas fardhu ain. Pihak AIS sedang memulakan pembinaan bangunan tambahan 4 tingkat di Maahad Imam Syafi’e Kg Keh,Kampot di atas tapak yang telah dibeli dan diwaqafkan oleh En Nik, isteri dan Hj Mohd Normarzuki.

     4.      Pembinaan Masjid;
Pada tahun 2012, AIS telah menguruskan pembinaan 6 buah masjid yang terletak di Kg. Km 8 (Phnom Penh), Kg. Priang Pring, Kg. Tedap, Kg Andong, Kg Tepiang Tepao (Kampot) dan Kg Dai Reb (Koh Kong) melalui dana sumbangan khas untuk pembinaan masjid.

     5.      Bantuan kemudahan/keperluan asas;
AIS telah menguruskan amanah penggalian 80 buah perigi wakaf, sistem penapisan air untuk Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e serta penduduk sekitar Kg. Keh, bantuan bahan makanan asas secara tidak berkala untuk keluarga fakir di samping bantuan kewangan untuk beberapa buah keluarga terpilih.

     6.      Waqaf Kebun Getah;
AIS telah menguruskan pembelian sebidang kebun getah seluas 13.5hektar melalui program ”Waqaf Kebun Getah Fasa 1”. Pendapatan dari kebun ini bakal digunakan untuk menampung kos operasi Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e dan aktiviti pendidikan di Kemboja. Program ”Waqaf Kebun Getah Fasa II” telah dilancarkan dan dibuka untuk penyertaan.


BORANG WAKALAH SUMBANGAN  WAQAF / TAJAAN DI KEMBOJA  & ACHEH
Saya _________________________________________________________________(nama), mewakilkan Akademi Imam Syafi’e untuk membuat sumbangan/ waqaf/ tajaan bagi pihak saya/ penama di atas sebanyak RM ………… untuk tujuan berikut: (sila tandakan x pada petak yang berkenaan).


Waqaf Pembinaan Maahad Imam Syafi’e, Kg Keh,Kampot
[ Bangunan Tambahan 4 tingkat ]

Waqaf Pembinaan Wisma Imam Syafi’e di Pesantren Moden Wirausaha, Kg Sukamulia,Acheh Temiang,Acheh.(6M x 10M) [ RM 50 unit  drp 660 unit ]





Saham Waqaf Kebun Getah Fasa II.
[ RM100/Unit ]

Tajaan Elaun Guru Quran & Agama / Dai’e di Kemboja.
[USD 50 - 70 / Bulan / Guru ]





Tajaan Pelajar Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e
[ RM120 @ USD 35 / Pelajar / Bulan ]

Tajaan Pelajar IPT
[ USD 50-100 / Pelajar / Bulan ]

***   Bersama ini disertakan wang tunai/cek bernombor……………..……../ wang dimasukkan dalam akaun Maybank Islamic (553083023763 ) atas nama AKADEMI IMAM SYAFI’E-DANA KEMBOJA sebanyak RM……………. untuk tindakan pihak tuan.

Tandatangan
………………………………………………………
Tarikh
………………………………………………………
No. Tel/ HP                
………………………………………………………
Alamat
………………………………………………………
E-mail       
………………………………………………………

………………………………………………………
Bagi tujuan rekod dan penyelarasan, sila maklumkan setiap penyertaan sumbangan/ waqaf/ tajaan yang dibuat melalui; E-Mel: akademimamsyafie@gmail.com / SMS ke: 012-2942574/ Fax/ E-Mel: AJK di atas. Pastikan Tuan/Puan mendapat jawapan daripada kami.

MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut atau maklum balas mengenai misi ini, sila hubungi Jawatankuasa Misi Pendidikan & Kemanusiaan Umat Islam, Akademi Imam Syafi‘e seperti berikut:
NAMA

EMAIL
TELEFON
Us. Mohd Zamerey Bin Abdul Razak
Pengerusi
+6012 2942574
Dr. Mohd Sukki Bin Othman
Setiausaha
+6019 3241364
Us. Rahimi Bin Md Saad
AJK
+6012 6706655
Dr. Zawawi Bin Ismail
AJK
+6013 3515884