ما من يوم يصبح العباد فيه إلا ملكان
ينزلان فيقول أحدهما: اللهم أعط منفقًا خلفاً، ويقول الآخر:
اللهم أعط ممسكًا تلفًا
( الصحيحين)
Terdapat dua Malaikat yang akan berdoa
pada setiap pagi untuk seseorang hamba
dengan doanya : Ya Allah kurniakanlah kepada mereka yang infaq (sedekah)
gantian dan seorang lagi akan berdoa : Ya Allah hilangkanlah daripada
mereka yang menahan dari infaq. (Riwayat Bukhari & Muslim)
PUSAT PENDIDIKAN AKADEMI IMAM SYAFI’E
Dalam fasa pertama AIS
mengorak langkah membangunkan Pusat Pendidikan Imam Syafi'e yang merangkumi bangunan Masjid
dan Asrama pelajar-pelajarnya. Kerja-kerja pembinaan sedang dilakukan.
Peranan utama Pusat ini
ialah menguruskan penempatan serta pendidikan pelajar-pelajarnya. Kurikulum
pendidikan AIS adalah gabungan diantara pengetahuan akademi dan agama melalui
kurikulum pendidikan Kementerian Pelajaran, Majlis Agama Islam Negeri dan
kurikulum AIS. Gabungan ketiga-tiga kurikulum ini bertujuan melahirkan
anak-anak bangsa yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama, tahfiz dan
sains demi memenuhi keperluan Ummah di masa hadapan.
إذا مات الإنسان انقطع عمله إلاّ من
ثلاث: صدقة جارية، أو علم ينتفع به، أو ولد
صالح
يدعو له
(رواه مسلم)
Apabila matinya insan, terputuslah segala amalannya kecuali tiga
perkara: Sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat darinya, anak yang soleh
yang mendoakanya. (Riwayat Muslim)
KONSEP
Pusat Pendidikan ini terdiri dari sebuah masjid dan asrama anak-anak yatim atau miskin di atas
tanah wakaf di
Kg Kuau, Bachok, Kelantan. AIS akan menguruskan pengendalian masjid, asrama dan
semua urusan berkaitan pendidikan anak didiknya. AIS akan mengadakan Perjanjian
Persefahaman dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK) iaitu badan yang mengendalikan
pendidikan agama menengah di negeri Kelantan. Ia bertujuan untuk menempatkan
pelajar-pelajar AIS di sekolah-sekolah dibawah kelolaan YIK. Aliran pendidikan
yang dipilih hanyalah gabungan Pendidikan Islam dan Sains sahaja.
Pelaksanaan kurikulum
tambahan pula akan diuruskan oleh AIS meliputi komponen, Tahfiz al-Quran,
Pengajian Tafaqquh dan Kemahiran Insaniah. Kesemua kos pendidikan pelajar-pelajar
tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh AIS.
MATLAMAT
Penubuhan Pusat Pendidikan Imam Syafi'e adalah bertujuan untuk menyediakan sistem penjagaan dan pendidikan
komprehensif berteraskan konsep kesepaduan ilmu dalam sistem pendidikan Islam bagi
anak-anak yatim dan miskin. Ini sejajar dengan usaha-usaha meningkatkan kualiti
hidup dikalangan masyarakat Islam di Malaysia khususnya anak-anak yatim serta
miskin.
إذا إردت تليين قلبك فأطعم المسكين،
وامسح على رأس اليتيم (رواه أحمد)
Apabila kamu mahukan ketenangan hati maka berilah makan kepada
orang-orang miskin dan usapkanlah kepala anak yatim
(Riwayat Ahmad)
Hasrat dan cita-cita
ini dirancang untuk merealisasikan perkara-perkara berikut:
Mendidik
anak-anak yatim atau miskin dengan pendidikan Islam dan akademik
Menyediakan
keperluan jagaan dan pendidikan yang sempurna bagi anak-anak yatim atau miskin.
Menyelia dan
menyelaras kurikulum tambahan seperti:
o
Tahfiz al-Quran
o
Pengajian Tafaqquh
o
Kemahiran Insaniah
Menjadi pusat
pergembangan Syiar Islam dengan konsep pusat pendidikan terbuka serta pusat
khidmat masyarakat bagi penduduk setempat.
KURIKULUM PENDIDIKAN AIS
Pendidikan
Formal: Mengikuti pengajian aliran sains agama di sekolah agama kelolaan YIK.
Program Tahfiz
o
6 Juzu’ setahun. (30 Juzu’ dalam tempoh 5 tahun)
Pengajian Tafaqquh.
o
Empat
kali seminggu melibatkan:
§
‘Aqidah
§
Tafsir
§
Hadis
§
Feqh
Kemahiran Insaniah:
o
Kemahiran
Keusahawan.
o
Kemahiran
Vokasional
o
Kemahiran
Komunikasi.
قوله صلى الله عليه وسلم: والصدقة تطفىء
الخطيئة كما تطفىء الماء النار (رواه الترمذي)
Sedekah itu akan menghapuskan kesalahan (dosa) sepertimana air
memadamkan api.
JUMLAH
PELAJAR PADA SETIAP KEMASUKAN
20 pelajar pada setiap pengambilan dengan jumlah maksima seramai 100 penuntut.
ما نقصت صدقة من مال....(رواه
الترمذي)
Tidak akan berkurangan harta yang disedekahkan…
(Riwayat al-Tirmizi)
KEWANGAN
AIS memerlukan sumber
kewangan secara tajaan atau sumbangan untuk membiayai kos perbelanjaan
menyiapkan infrastruktur dan kos perbelanjaan bulanan. Berikut adalah anggaran
kos yang diperlukan:
ما من يوم يصبح العباد فيه إلا ملكان ينزلان فيقول أحدهما: اللهم أعط منفقًا خلفاً، ويقول الآخر: اللهم أعط ممسكًا تلفًا
PERKARA
|
JUMLAH
|
Masjid
|
RM200,000.00
|
Asrama
|
RM350,000.00
|
Bas Sekolah
|
RM80,000.00
|
Kelengkapan masjid
& asrama
|
RM120,000.00
|
JUMLAH
|
RM750,000.00
|
CADANGAN
BANGUNAN
Kompleks AIS ini
dirancang supaya dapat menampung seramai 100 pelajar pada satu-satu masa.
Kompleks ini mengandungi komponen berikut :
Sebuah Masjid berukuran 55’ X 55’.
Sebuah bangunan
asrama tiga tingkat berukuran 25’ X 50’ iaitu; 3 bilik asrama yang besar.
LAKARAN PELAN MASJID
TAPAK MASJID SEBELUM KERJA-KERJA PEMBERSIHAN
TAPAK MASJID SEDANG DIBERSIHKAN
TAPAK MASJID SEDANG DIBERSIHKAN
SECARA RASMINYA PEMBINAAN MASJID DIMULAKAN
JURUTERA EN RAMZAN ABDULLAH (YANG TELAH MENG INFAQ KAN KEMAHIRAN BELIAU), TUKANG & PENYELIA SEDANG MENGUKUR TAPAK MASJID
JURUTERA EN RAMZAN ABDULLAH, TUKANG & PENYELIA SEDANG BERBINCANG
SECARA RASMINYA PEMBINAAN MASJID DIMULAKAN
(من بنى لله مسجدا ولو كمفحص قطاة لبيضها بنى الله له بيتا في الجنة) ( رواه أحمد)
Sesiapa yang membina masjid kerana Allah sekalipun seluas tempat burung mengerang telurnya nescaya Allah akan bina rumah untuknya di syurga
(Riwayat Ahmad)
KERJA-KERJA PEMBINAAN MASJID PADA 13/4/2013
TAPAK ASRAMA SELEPAS KERJA-KERJA PEMBERSIHAN PADA TAHUN 2010
KERJA-KERJA UNTUK TINGKAT BAWAH ASRAMA SEDANG DIJALANKAN
PADA 2013, KERJA-KERJA ASRAMA DITERUSKAN, KELEWATAN INI DISEBABKAN DANA YANG TERHAD
KERJA-KERJA PEMBINAAN MASJID PADA 13/4/2013
KERJA-KERJA PEMBINAAN ASRAMA PADA 13/4/2013
(متفق عليه)
Hindarilah api neraka sekalipun dengan (bersedekah) sebelah biji tamar
SUMBANGAN
Sebarang sumbangan dan
tajaan dari semua pihak amatlah dialu-alukan. Para Penyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke akaun AKADEMI IMAM SYAFI’E :
MAYBANK CAWANGAN BACHOK
|
553083022164
(Akademi Imam Syafi’e)
|
atau menghubungi
Pengerusi, Setiausaha atau Ahli Jawatankuasa Pusat Pendidikan Imam
Syafi’e seperti berikut:
NAMA
|
JAWATAN
|
TELEFON
|
|
Mohd Zamerey Bin Abdul Razak
|
Pengerusi
|
zamerey@asianfinancebank.com
|
+60122942574
|
Norziha Bt Abdul Razak
|
Setiausaha
|
norzihaabdulrazak@yahoo.com
|
+60123515617
|
Dr. Muhamad Zahiri Bin Awang Mat
|
AJK
|
|
+60192269567
|
Rahimi Bin Md Saad
|
AJK
|
+60126706655
+60132444343
|
|
Mohamad Zalami Bin Abdul Razak
|
AJK
|
+60179850668
|
وقوله سبحانه
:مَّن
ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً
حَسَناً
فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ
تُرْجَعُونَ
سورة البقر:245
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan
pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah
melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah),
Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan
kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
(al-Baqarah:245)
PENUTUP
Harapan dan perancangan
penubuhan Pusat Pendidikan Imam Syafi’e ini disokong dan dibantu
oleh setiap lapisan masyarakat demi kepentingan dan kecemerlangan anak-anak
yatim, anak-anak miskin khasnya dan ummah amnya.
PROFILE AJK PEMEGANG AMANAH PUSAT PENDIDIKAN IMAM SYAFI'E
MOHD ZAMEREY BIN ABDUL
RAZAK ( Pengerusi)
Mendapat Sarjana Muda Syariah-Feqh &
Usul Feqh (Kepujian) dari Yarmouk University, Irbid,Jordan, (1997). Kemudian
beliau melanjutkan pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperolehi
Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Syariah) pada tahun 2002. Sekarang ini beliau menyambung pendidikan ke
peringkat Doktor Falsafah (Syariah & Undang-undang) Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya. Beliau memulakan kerjaya sebagai Guru di Maahad Kiblah, Bangi (1999). Pengurus Operasi (2002) Mulex Centric
Sdn Bhd. Ketua Jabatan Syariah, Takaful IKHLAS Sdn Bhd (2003). Sekarang ini
beliau menjawat jawatan Ketua Jabatan Syariah
merangkap Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah, Asian Finance Bank
Berhad, Kuala Lumpur.(Kumpulan Qatar Islamic
Bank)
NORZIHA
BINTI ABDUL RAZAK (Setiausaha)
Mendapat
Ijazah Diploma Usuluddin dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA)
Terengganu 2000. Kemudian menyambung ke peringkat Sarjana Muda Dakwah
Pengurusan Islam di Universiti Sains Islam Malaysia 2003 (USIM), sedang
menyiapkan tesis Sarjana Dakwah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekarang
beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 2, Kuala
Lumpur.
DR.MUHAMAD
ZAHIRI BIN AWANG MAT (AJK)
Mendapat
pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda (B.A. Hons), dalam bidang Pengajian
Islam dan Bahasa Arab dari al-Azhar Universiti, Kaherah(1992). Kemudian
melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (M.Ed) dalam bidang
Pendidikan Islam dan Kurikulum di Yarmouk Universiti, Irbid, Jordan (1996).
Kemudian melanjut pengajian di peringkat Doktor Falsafah Ph.D di Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia di bidang Pendidikan Islam dan Kurikulum (2005).
Memulakan kerjaya sebagai Pensyarah di Kolej Anjung Selatan, Sepang pada 1997
seterusnya sebagai Pensyarah di Institut Pendidikan, Universiti Islam
Antrabangsa Malaysia.
RAHIMI BIN MD SAAD
(AJK)
Mendapat pendidikan di peringkat Ijazah
Sarjana Muda(Kepujian) dari Yarmouk Universiti, Irbid Jordan (1997). Kemudian
melanjut pendidikan diperingkat Diploma Pendidikan di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (1999) dan memperolehi Sarjana Pendidikan dari Universiti
Malaya pada tahun 2003. Memulakan kerjaya sebagai Pengurus Pelancongan
Pendidikan di ASH-HAR Travel & Tour Sdn Bhd (1997) seterusnya sebagai
Pendaftar di Kuliah Pondok Darulnaim (1998). Sekarang beliau bertugas sebagai
Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
MOHD
ZALAMI BIN ABDUL RAZAK (AJK)
Mendapat
pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam di Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga,
Yogyakarta, Indonesia (1994). Memulakan kerjaya sebagai pengurus syarikat
keluarga. Sekarang ini, beliau mengusahakan perniagaan berasaskan sendiri.