IBADAH
KORBAN/AQIQAH DI BANGLADESH & KEMBOJA
Lembu:RM250/Bahagian.
Kambing:RM550/Ekor.
Saudara-saudara Islam kita
di Kemboja & Bangladesh hidup dalam keadaan yang dhaif dan menyedihkan.
Mereka amat memerlukan sumbangan dan bantuan daripada masyarakat yang prihatin
dan masyarakat yang menghayati konsep persaudaraan di dalam Islam. Menyedari
hakikat ini, AKADEMI IMAM SYAFI’E(AIS) di atas nama KEBAJIKAN mengambil
inisiatif untuk mengerakkan Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Umat Islam bagi
menyempurnakan tanggungjawab terhadap saudara seagama yang sedang berada dalam
kesusahan. Diantara aktiviti misi ini ialah menguruskan pelaksanaan ibadah
korban/ aqiqah, bantuan elaun kepada Dai’e/ Guru/ Guru-guru al-Quran, Tajaan
pelajar dan pembinaan Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e di Kg Keh, Wilayah Kampot,
Kemboja & Pembinaan Wisma Imam Syafi’e di Pesantren Wirausaha, Aceh Temiang.
Pihak AIS telah menguruskan pelaksanaan Ibadah Korban dan
Aqiqah di Kemboja sejak tahun 1430H. Pada tahun 1433H yang lalu AIS telah
diamanahkan untuk melaksanakan ibadah korban dan aqiqah bagi sejumlah 213 ekor
lembu dan 80 ekor kambing. Program Korban & Aqiqah tersebut telah
dilaksanakan di 25 pusat terpilih di Wilayah Kampot, Wilayah Kg Som,Wilayah Koh
Kong, Phnom Penh,Wilayah Kg Cham dan Wilayah Prey Veng.
Penyertaan ini datang
daripada individu di Malaysia, Qatar, UAE, Oman, Arab Saudi dan juga penyertaan
melalui pertubuhan/organisasi yang bekerjasama dengan AIS seperti Badan
Kebajikan Kakitangan Islam BNM, Kelab Sukan dan Rekreasi Kumpulan PNB-Biro
Endah, JAKKAS-MIDA, BAKKIS-RHB, Wargakerja Asian Finance Bank, Warga Kerja
TECHNIP, Wargakerja EXXON MOBIL, Wargakerja TNBF, Surau ar-Raudhah Nusa Subang
dan lain lain.
Menjadi
amalan Akademi Imam Syafi’e sebarang lebihan dari kos belian ternakan dan kos
pelaksanaan ibadah korban/aqiqah, akan disalurkan kepada Tabung Pembinaan/Operasi
Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e dan Tabung Misi Pendidikan dan Kemanusiaan
Umat Islam seliaan AIS. Lebihan kos bagi tahun 1433H yang lalu, telah
menyumbang kepada sebahagian daripada kos pembinaan bangunan tambahan di
Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e dan menampung sebahagian daripada perbelanjaan
operasi/aktiviti misi pendidikan dan kemanusiaan dibawah seliaan AIS. Pada
tahun ini, jika terdapat sebarang lebihan ia juga akan disalurkan untuk tujuan
yang sama.
PROGRAM KORBAN/AQIQAH KEMBOJA & BANGLADESH.
“Idul Adha adalah hari yang
sangat ditunggu-tunggu oleh mereka dan disambut dengan begitu meriah. Perayaan
ini merupakan peluang untuk mereka menikmati juadah istimewa iaitu
daging-daging lembu atau kambing yang disembelih sebagai ibadah korban/aqiqah. Kegembiraan
jelas terpancar di wajah mereka dengan kehadiran ‘Idul Adha.
Bagi menjiwai suasana tersebut,
AIS menggalakkan para peserta ibadah korban dan aqiqah 1434H untuk turut serta
ke sana bagi meraikan ‘Idul Adha bersama-sama saudara seIslam di sana serta
menyelami kehidupan yang mereka lalui.
Selain dapat mengembirakan
saudara seIslam dengan daging-daging dari pelaksanaan ibadah korban/aqiqah ini,
AIS juga berusaha menyesuaikan bantuan “one-off” ini agar dapat dikembangkan untuk
membantu strategi pembangunan
jangkapanjang terutamanya melalui perancangan pembangunan pendidikan.
Penyesuaian ini dirangka agar ianya dapat membantu membangunkan mereka melalui penguasaan
ilmu pengetahuan.
Sokongan dan bantuan ini bakal
membantu mereka untuk bangkit sebagai Muslim yang mempunyai jatidiri serta
mampu memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.
BORANG WAKALAH IBADAH KORBAN / AQIQAH
Saya
...........................................................................................
(nama), mewakilkan kepada Akademi
Imam Syafi’e untuk menguruskan pelaksanaan ibadah korban / aqiqah sebanyak
............... bahagian lembu/ekor kambing dengan bayaran RM ............….....
(harga & kos pelaksanaan) bagi pihak
saya dan/atau penama-penama dibawah. Saya juga bersetuju untuk menyumbang
lebihan harga & kos pelaksanaan -(jika ada)- untuk pembinaan/operasi/ aktiviti
pendidikan seliaan Akademi Imam Syafi’e.
1
|
4
|
||
2
|
5
|
||
3
|
6
|
||
7
|
*** Bersama ini
disertakan wang tunai/cek bernombor……………..……../ wang dimasukkan dalam akaun Maybank
Islamic (553083023763 ) atas nama AKADEMI IMAM SYAFI’E-DANA KEMBOJA
sebanyak RM……………. untuk tindakan pihak tuan.
Tandatangan
|
………………………………………………………
|
Tarikh
|
………………………………………………………
|
No. Tel/ HP
|
………………………………………………………
|
Alamat
|
………………………………………………………
|
E-mail
|
………………………………………………………
|
………………………………………………………
|
Bagi tujuan rekod dan penyelarasan, sila maklumkan setiap penyertaan korban/aqiqah
yang dibuat melalui; E-Mel: akademimamsyafie@gmail.com / SMS ke:
012-2942574/Fax/ E-Mel: AJK di atas. Sila
pastikan Tuan/Puan mendapat jawapan penyertaan daripada kami.
MISI PENDIDIKAN DAN KEMANUSIAAN UMAT ISLAM
Misi Pendidikan dan
Kemanusiaan Umat Islam anjuran Akademi Imam Syafi’e untuk tahun 1434/2013
diperluaskan ke Bangladesh dan Aceh selain mengekalkan aktiviti di Kemboja.
Bantuan berkaitan pendidikan adalah fokus utama demi mengubah paradigma
kehidupan saudara seIslam kepada yang lebih baik.
Kesan daripada kemiskinan
dan pelbagai musibah, saudara seIslam di negara – negara yang dinyatakan ini
telah mengalami situasi ruang ‘vacum’
dalam pengetahuan serta pemahaman Islam untuk tempoh yang panjang. Kemiskinan
tegar yang menghimpit kehidupan menjadi halangan utama untuk mereka bangkit
sebagai bangsa berilmu. Kekurangan ini mampu diisi jika umat Islam dari luar
bersikap prihatin dengan semangat bantu membantu atas dasar kebajikan dan
taqwa. Kemampuan saudara seIslam
untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna amat terbatas lantaran kemiskinan. Kemampuan
badan-badan Islam tempatan yang terbatas untuk membiayai kos pendidikan telah
menjadikan keadaan ini semakin sulit. Kemudahan pendidikan yang terhad juga telah
mengakibatkan sebahagian besar pelajar Muslim menamatkan pengajian awal. Sebahagian
kecil sahaja berpeluang menyambung pengajian ke luar negara.
Memandangkan pendidikan
adalah tunjang untuk membangunkan sesebuah masyarakat serta mengeluarkan mereka
daripada kepompong kemiskinan, maka Akademi Imam Syafi’e (AIS) memulakan
inisiatif ini sebagai tanggungjawab membantu saudara seagama di sana. Dengan
kerjasama beberapa pihak tempatan, AIS memainkan peranan dalam aspek
penyelarasan dan penyeliaan misi ini untuk memastikan kejayaannya.
Misi
Pendidikan dan Kemanusiaan Umat Islam digerakkan untuk :
- Membantu masyarakat Islam tempatan dalam usaha melahirkan generasi pelapis yang berilmu serta berkesedaran agama yang tinggi.
- Mengumpul dana yang mencukupi serta menyelia penggunaannya selaras dengan matlamat misi.
- Menyelia pembangunan infrastruktur pusat pendidikan di lokasi yang dikenalpasti dan pengoperasiannya bagi golongan sasaran.
- Merancang serta membantu program pendidikan Islam informal bagi masyarakat Islam.
MISI
PENDIDIKAN DAN KEMANUSIAAN UMAT ISLAM KEMBOJA (Bermula sejak 2009)
1.
Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e;
Kompleks
ini telah dibangunkan atas sekeping tanah waqaf di Kg Keh, Kampot. Ia adalah
sebuah kompleks pendidikan lengkap yang mampu menampung sehingga 300 orang
pelajar pada satu-satu masa. Ia mengandungi 1 bangunan sekolah (8 bilik darjah),
1 bangunan asrama 3 tingkat, 5 unit rumah guru. Sebuah bangunan tambahan 3
tingkat sedang dibangunkan untuk menampung keperluan dewan makan, perpustakaan,
pejabat & bilik darjah.Sumbangan untuk menampung kos pembinaan ini amatlah
dialu-alukan.Sukatan Pendidikan yang digunapakai adalah gabungan Kurikulum
Kebangsaan Kemboja, Kurikulum Menengah Agama Malaysia (SMU & STAM) dan Kurikulum
Tahfiz (Maahad Tahfiz Sains Yayasan Islam Kelantan). Kompleks Pendidikan ini telah
mula beroperasi pada September 2011, sekarang ini terdapat 60 pelajar pelajar
berasrama dan 59 pelajar harian. Sehingga kini, kos operasi kompleks melibatkan
gaji guru agama, akademik serta tahfiz,
utiliti, makanan pelajar asrama adalah ditanggung sepenuhnya oleh AIS melalui tajaan daripada penyumbang secara tahunan.
|
2. Tajaan Da’ie/Guru/ Guru al Quran/Fardhu Ain/ Pelajar;
AIS telah mengurus tajaan elaun 14 guru al-Quran/Fardhu
Ain yang berkhidmat di pelbagai kampung serta 16 orang da’ie lulusan
universiti/kolej/pondok untuk berkhidmat secara sepenuh masa dalam menyebarkan
Islam kepada masyarakat setempat. AIS juga menyumbang tambahan elaun untuk 28
orang guru di Madrasah Islamiyah Dubai-Phom
Penh.
AIS juga telah menaja seorang pelajar dalam bidang
perakaunan dan 6 pelajar perubatan peringkat ijazah pertama di beberapa buah
universiti tempatan Kemboja.
3. Pembinaan Infrastruktur
Pendidikan;
AIS telah menguruskan
amanah bagi membinaan sebuah mini asrama yang boleh memuatkan 15 orang pelajar di
bandar Kg Som di samping 4 bangunan kelas fardhu ain. Pihak AIS sedang
memulakan pembinaan bangunan tambahan 4 tingkat di Maahad Imam Syafi’e Kg
Keh,Kampot di atas tapak yang telah dibeli dan diwaqafkan oleh En Nik,
isteri dan Hj Mohd Normarzuki.
4.
Pembinaan Masjid;
Pada tahun 2012, AIS telah menguruskan pembinaan 6 buah
masjid yang terletak di Kg. Km 8 (Phnom Penh), Kg. Priang Pring, Kg. Tedap, Kg
Andong, Kg Tepiang Tepao (Kampot) dan Kg Dai Reb (Koh Kong) melalui dana
sumbangan khas untuk pembinaan masjid.
5. Bantuan kemudahan/keperluan asas;
AIS telah menguruskan amanah penggalian 80 buah perigi
wakaf, sistem penapisan air untuk Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e serta
penduduk sekitar Kg. Keh, bantuan bahan makanan asas secara tidak berkala untuk
keluarga fakir di samping bantuan kewangan untuk beberapa buah keluarga
terpilih.
6. Waqaf Kebun Getah;
AIS telah menguruskan pembelian
sebidang kebun getah seluas 13.5hektar melalui program ”Waqaf Kebun Getah Fasa
1”. Pendapatan dari kebun ini bakal digunakan untuk menampung kos operasi Kompleks
Pendidikan Imam Syafi’e dan aktiviti pendidikan di Kemboja. Program ”Waqaf Kebun
Getah Fasa II” telah dilancarkan dan dibuka untuk penyertaan.
BORANG WAKALAH SUMBANGAN WAQAF / TAJAAN DI KEMBOJA & ACHEH
Saya
_________________________________________________________________(nama),
mewakilkan Akademi Imam Syafi’e untuk
membuat sumbangan/ waqaf/ tajaan bagi pihak saya/ penama di atas sebanyak RM
………… untuk tujuan berikut: (sila tandakan x pada petak yang berkenaan).
Waqaf Pembinaan Maahad Imam Syafi’e, Kg Keh,Kampot
[ Bangunan Tambahan 4 tingkat ]
|
Waqaf Pembinaan Wisma Imam Syafi’e di Pesantren
Moden Wirausaha, Kg Sukamulia,Acheh Temiang,Acheh.(6M x 10M) [ RM 50 unit drp 660 unit ]
|
||
Saham Waqaf Kebun Getah Fasa II.
[ RM100/Unit ]
|
Tajaan Elaun Guru Quran & Agama / Dai’e di
Kemboja.
[USD 50 - 70 / Bulan / Guru ]
|
||
Tajaan Pelajar Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e
[ RM120 @ USD 35 / Pelajar / Bulan ]
|
Tajaan
Pelajar IPT
[ USD 50-100 / Pelajar / Bulan ]
|
*** Bersama ini
disertakan wang tunai/cek bernombor……………..……../ wang dimasukkan dalam akaun Maybank
Islamic (553083023763 ) atas nama AKADEMI IMAM SYAFI’E-DANA KEMBOJA
sebanyak RM……………. untuk tindakan pihak tuan.
Tandatangan
|
………………………………………………………
|
Tarikh
|
………………………………………………………
|
No. Tel/ HP
|
………………………………………………………
|
Alamat
|
………………………………………………………
|
E-mail
|
………………………………………………………
|
………………………………………………………
|
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut
atau maklum balas mengenai misi ini, sila hubungi Jawatankuasa Misi Pendidikan
& Kemanusiaan Umat Islam, Akademi Imam Syafi‘e seperti berikut:
NAMA
|
EMAIL
|
TELEFON
|
|
Us. Mohd Zamerey
Bin Abdul Razak
|
Pengerusi
|
+6012
2942574
|
|
Dr. Mohd Sukki
Bin Othman
|
Setiausaha
|
+6019
3241364
|
|
Us. Rahimi Bin Md
Saad
|
AJK
|
+6012
6706655
|
|
Dr. Zawawi Bin
Ismail
|
AJK
|
+6013
3515884
|