Tuesday, 19 February 2013

PROGRAM MEMBINA SEMANGAT BERSAING KEARAH KEBAIKAN OLEH KAPTEN MOHAMED FADHIL ABDULLAH


Alhamdulillah pada 12 – 13hb Januari 2013 Kapten Mohamed Fadhil Abdullah telah berkongsi  pengalaman belajar di Maktab Tentera Diraja (RMC) dengan pelajar-pelajar di asrama Maahad Imam Syafi’e, Kg Keh, Kampot. Berbekalkan semangat ingin membantu sesama Islam beliau yang berkobar-kobar beliau dengan merentasi benua, terbang dari Manchester-Abu Dhabi atas urusan kerja kemudian meneruskan perjalanan ke KL dan Phnom Penh dengan segala kos tangungan sendiri. Semoga jasa dan pengorbanan ini dikira sebagai hasanaat di sisi Allah swt.

Program sehari setengah ini telah berjaya menyuntik semangat baru dan mencungkil kebolehan para pelajar untuk bersaing sesama mereka kearah kecemerlangan.  Kumpulan-kumpulan pelajar telah dibentuk dengan tugasan masing-masing.



Sekalipun terpaksa menggunakan penterjemah dalam berkomunikasi, program ini tetap menarik minat para pelajar. Terjemahan oleh Ustaz Isa Ali, penyelia Akademi Imam Syafi'e di Kemboja.





Kapten dikerumuni pelajar-pelajar untuk menyelesaikan "acara memasukkan diri ke dalam kertas A4" 



Kesan positif yang ketara ialah pelajar-pelajar lebih bersemangat dan teratur. Tugasan yang diamanahkan kepada kumpulan mereka dilaksanakan dengan baik bermula dari kebersihan asrama,masjid,dewan makan, persekitaran, melaungkan azan dan mengimamkan solat di masjid.


 Kumpulan Abu Bakar

   Kumpulan Umar

   Kumpulan Uthman

Kumpulan Ali

  Kumpulan Abdul Aziz

Mudir (berbaju biru) Kapten Mohamed Fadhil, Ustaz Isa Ali, Ustaz Zakaria Abdul Rahman bersama Ketua Asarama & Ketua-Ketua Kelas & Kumpulan.


Pihak Pemegang Amanah Akademi Imam Syafi’e mengucapkan jazaakallahukhairan atas inisiatif dan perkongsian pengalaman yang berharga oleh Kapten Mohamed Fadhil demi membangunkan Modal Ummah di kalangan saudara seIslam di Kemboja.

Amat dialu-alukan kepada mana-mana pihak yang bersedia untuk menyumbang atau berkongsi kemahiran/pengalaman kearah pembangunan Modal Ummah di sini.

Semoga usaha ini menjadi pemberat timbangan kebaikan di hadapan Allah swt di mahsyar kelak.

Friday, 4 January 2013

AKADEMI IMAM SYAFI’E –DANA KEMBOJA SCHOLARSHIP AWARDS FOR MEDICAL STUDENTS

Our Ref : scholarship/cam/06/2012
17 Muharram 1434H
1 December 2012

Dear Mr / Ms,

LETTER OF OFFER
-          AKADEMI IMAM SYAFI’E –DANA KEMBOJA  SCHOLARSHIP AWARDS


We wish to inform that our Board of Trustees of Akademi Imam Syafi’e-Dana Kemboja had agreed to grant you a scholarship for one (1) year commencing from December 2012 subject  to the following terms and conditions:-

a)    You must submit to us a certified true copy of the registration/ enrollment of the programme from your existing University.
b)  You shall not receive any other scholarship, loan or financial assistance from any other   organization without our prior written consent.
c)     You should maintain at least above average result throughout the course of your studies. A copy of your result is to be submitted to us for our reference.
d)     You should not change the programme without our prior consent.

Failing to comply with the above, we may not hesitate to demand from you the amount of scholarship. 

For your information, the offer can be extended for another year subject to your satisfactory performance and our fully discretion.  

Kindly signify your understanding and if agreeable, please confirm your acceptance by signing and returning to us the duplicate copy of this letter within two (2) weeks from the date hereof.

Thank you

Yours faithfully,
for AKADEMI IMAM SYAFI’E-DANA KEMBOJA

DR ZAWAWI BIN ISMAIL,
Board of Trustees

List of students:
No
Name
Address
The scholarship shall cover for the following
1.        
Mr. Him Navy,

24B, Street 75,
Sangkat Srah Chork, Khan Doun Penh,
Phnom Penh,
Kingdom of Cambodia
Tel: 088996110 / 098327087

·   Monthly allowance: USD50 (United States Dollar: Fifty) per month.
·   30% of annual study fee (Note : Please submit the official receipt from the University).

2.        
Ms Kop Rafimas,

79E, St 93, Monivong, Srah Chork, Daun Penh,
Phnom Penh
Kingdom of Cambodia.
Tel: 0973363619 /012546707

·   Monthly allowance: USD70 (United States Dollar: Seventy).
·   Annual study fee (Note : Please submit the official receipt from the University).

3.        
Ms Note Noyas,

Choam Chao Communce,
Dangka District,
Phnom Penh,
Kingdom of Cambodia.
Tel:0978832322

·   Monthly allowance: USD70 (United States Dollar: Seventy).
·   Annual study fee (Note : Please submit the official receipt from the University).


4.        
Ms Sen Samiros,

Kampong Kandal Villange,
Choum Kril Commune,
Kampot Province,
Kingdom of Cambodia.
Tel:010-490964

·   Monthly allowance: USD70 (United States Dollar: Seventy).
·   Annual study fee (Note : Please submit the official receipt from the University).

5.        
Ms Sin Fanita,

1512, Road 5, Sang Chrang Chomreh 2,
Khan Russey Keo,
Phnom Penh,
Kingdom of Cambodia.
Tel: 092 956265

·   Monthly allowance: USD50 (United States Dollar: Fifty).
·   50% of annual study fee (Note : Please submit the official receipt from the University).

6.        
Mr Sos Refin,

Kampong Crey Village Smong Communce,
Trang District,
Takeo Province,
Kingdom of Cambodia
Tel: 015-883282

a)      Monthly allowance: USD70 (United States Dollar: Seventy).
b)      Annual study fee (Note : Please submit the official receipt from the University).




akademimamsyafie@gmail.com

Friday, 7 December 2012

LAPORAN IBADAH KORBAN DAN AQIQAH 1433H & PERKEMBANGAN MISI PENDIDIKAN UMAT ISLAM KEMBOJA


Assalamualaikum,

Muslimin-Muslimat Peserta Ibadah Korban, Aqiqah dan Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Kemboja 1433H. Didoakan kita semua dirahmati, diberkati & diampuni Allah swt.

Alhamdulillah dengan izin Allah swt Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Umat Islam Kemboja 1433H-Ibadah Korban dan Aqiqah anjuran AKADEMI IMAM SYAFI’E (AIS) telah dijayakan dengan lancarnya pada 10 – 12 Zulhijjah 1433H bersamaan 26 – 28hb Oktober 2012.

Alhamdulillah penyertaan pada tahun ini amat menggalakkan dimana sebanyak 212 ekor lembu dan 70 ekor kambing telah disumbangkan oleh Muslimin dan Muslimat bagi tujuan qurban dan aqiqah pada musim Aidiladha 1433H ini.

Penyertaan ini hasil keperihatinan Muslim sesama Muslim sekalipun dipisahkan oleh jarak yang jauh. Kami, AJK Akademi Imam Syafi’e-Dana Kemboja mewakili Umat Islam Kemboja yang terlibat mengucapkan JAZAKUMULLAHUKHAIRAN serta mendoakan agar dikurnikan kebaikan berganda kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Misi ini samada secara individu atau pun melalui organisasi masing-masing. Penyertaan ini datang dari dalam Negara dan juga dari warga Malaysia yang berada di luar Negara seperti Qatar, UAE, Oman, Arab Saudi.

Alhamdulillah, penyertaan bagi tahun ini adalah meningkat daripada jumlah penyertaan tahun yang lalu. Antara organisasi dan individu dalam Negara yang telah bekerjasama menjayakan Misi Qurban 1433H ini ialah;

•    Badan Kebajikan Kakitangan Islam BNM
•    Biro Endah, Kelab Sukan dan Rekreasi Kumpulan PNB
•    BAKKIS, RHB
•    JAKKAS, MIDA
•    Warga Kerja TECHNIP
•    Wargakerja EXXON MOBIL
•    Surau SSM
•    Kakitangan LHDN Caw Kuala Lumpur Bandar.
•    Wargakerja TNBF
•    Surau ar-Raudhah Nusa Subang
•    Wargakerja Asian Finance Bank
•    Ustaz Mohd Yusri Yusoff
•    Ustaz Mohd Khairuddin Saad
•    Dr Ahmad Nadzri Mansor.





















Pihak AIS mengucapkan Jazakumullahukhairan di atas penyertaan, kepercayaan dan keperihatinan semua pihak yang terlibat dalam misi kali ini.

Bagi melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pihak AIS, Program Korban dan Aqiqah Aidiladha 1433H telah dilaksanakan di 25 pusat yang telah ditetapkan iaitu:
1.    Masjid Kg Keh, Wilayah Kampot.
2.    Masjid Kampong Cham, Wilayah Kampot.
3.    Masjid Kampong Krong, Wilayah Kampot.
4.    Surau Kg Prey Tenong, Wilayah Kampot.
5.    Masjid Kg But Kaki, Wilayah Kg Som.
6.    Masjid Bentey Prai, Wilayah Kg Som.
7.    Kg Ohom 4, Wilayah Koh Kong.
8.    Kg Phnom 4, Wilayah Koh Kong.
9.    Kg Vongkatak, Wilayah Koh Kong.
10.    Kg Breaktong, Wilayah Koh Kong.
11.    Kg Trobang Rong, Wilayah Koh Kong.
12.    Kg Koh Srolau, Wilayah Koh Kong.
13.    Kg Steng Veanh, Wilayah Koh Kong.
14.    Kg Andong Tej, Wilayah Koh Kong.
15.    Masjid Kg KM 9, Phnom Penh.
16.    Sekolah Islam Dubai, Phnom Penh.
17.    Kg Trabeanf Chuk KM.9, Phnom Penh.
18.    Kg Andong Bik, Wilayah Kratie.
19.    Kg Phomthmi, Wilayah Kratie.
20.    Kg Breksedai, Wilayah Kratie.
21.    Kg Roka Khnor, Wilayaha Kg Cham.
22.    Kg Phomsoa, Wilayah Kg Cham.
23.    Kg Ambil, Wilayah Kg Cham.
24.    Kg Suwaitenom, Wilayah Kg Cham.
25.    Kg Wamy, Wilayah Prey Veng.

Ibadah Korban dan Aqiqah dilaksanakan di lokasi yang dinyatakan di atas secara berpusat. Selepas sempurna disembelih, lembu/kambing berkenaan dibawa ke kampung-kampung sekitar yang telah ditentukan berdasarkan bilangan penduduk Islam untuk diagihkan sesama mereka.

LEBIHAN DARI KOS IBADAH KORBAN DAN AQIQAH.

Seperti yang dinyatakan dalam akad wakalah biduunil ujrah (Wakil tidak berupah) dalam borang penyertaan ibadah korban dan aqiqah, kesemua lebihan telah dimasukkan ke dalam Dana Operasi aktiviti kebajikan dan pendidikan. Semoga lebihan ini diterima sebagai jariah para peserta sekalian disisi Allah swt. 

KOMPLEKS PENDIDIKAN IMAM SYAFI’E, KG KEH, KAMPOT.

Alhamdulillah atas kekuatan yang Allah swt berikan serta sokongan yang berterusan oleh Muslimin dan Muslimat, bangunan Sekolah dua(2) tingkat yang merangkumi lapan (8) kelas, rumah guru sebanyak sepuluh unit, bangunan asrama yang bersaiz 30M x 8M x 3 tingkat telah siap sepenuhnya.

Kumpulan Kedua pelajar-pelajar peringkat Tingkatan Satu (1) telah memulakan sesi pengajian pada 1/10/2012 baru-baru ini. 30 pelajar baru telah diterima dan ditempatkan di asrama dimana jumlah keseluruhan di asrama sekarang ialah 60 pelajar. Manakala baki 59 lagi adalah secara harian. 60 pelajar yang tinggal di asrama ini mengikuti program 3 in 1 (Akademik,Agama & Tahfiz) manakala 57 pelajar lagi mengikuti pengajian Akademik dan Agama. 2 pelajar lagi adalah pelajar bukan Islam yang hanya mengikuti aliran akademik.

TAJAAN GURU/DAI’E

AIS telah menguruskan penajaan elaun guru-guru Fardhu Ain/ al-Quran seramai empat belas (14) guru dan enam belas (16) Dai’e. Bantuan elaun bulanan kepada dua puluh lapan (28) orang guru di Madrasah Islam Dubai-KM 9 Phnom Penh, Madrasah Ihya’uddin-KM 8 Phnom Penh, Madrasah Nikmah al-Islamiyah-Kg Raka Pram 1 Wilayah Kg Cham dan Madrasah Nikmah al-Islamiyah-Kg Keh Wilayah Kampot. Kepada Muslimin dan Muslimat yang ingin menambah pelaburan akhirat bolehlah hubungi AIS bagi tujuan tersebut.

PEMBINAAN MASJID

Enam buah masjid dibawah seliaan AIS telah berjaya disiapkan iaitu:

1. Kg KM 8, Phnom Penh,
2. Kg Priang Pring,Wilayah Kampot.
3. Kg Tedap,Wilayah Kampot.
4. Kg Andong, Wilayah Kampot.
5. Kg Tepiang Tepau, Wilayah Kampot.
6. Kg Dai Reb, Wilayah Koh Kong.

Terdapat beberapa buah perkampungan Islam yang memohon pembinaan masjid di kawasan mereka, permohonan ini sedang dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pemegang Amanah.

PEMBINAAN SEKOLAH FARDHU AIN.

Dua buah sekolah Fardhu Ain telah berjaya disiapkan masing-masing di Kg Prai Tenor, Kampot dan di Kg Prek Sekai, Wilayah Kg Som. Masing-masing mempunyai dua bilik darjah. Sekolah Fardhu Ain ketiga di Kg Tepiang Tepau dan keempat di Kg Tedap Wilayah Kampot, sedang dalam pembinaan.

TAJAAN GURU FARDHU AIN/DA’IE/GURU & PELAJAR DI MAAHAD/ :

1. Guru Fardhu Ain: USD40-50/sebulan.
2. Da’ie: USD60-100/sebulan
3. Guru: USD100-150/sebulan
4. Pelajar di Maahad Imam Syafi’e: USD35/sebulan.

Pelaksanaan Aqiqah dibuka sepanjang tahun, jika Muslimin dan Muslimat berhajat untuk melaksanakannya di Maahad Imam Syafi’e atau masjid-masjid terpilih, silalah hubungi Urusetia untuk urusan mewakilkan AIS melaksanakan ibadah ini bagi pihak Tuan/Puan.

PROJEK WAQAF UNTUK TAMPUNG AKTIVITI KEBAJIKAN

Alhamdulillah dengan sokongan Muslimin & Muslimat yang prihatin AIS telah berjaya membeli kebun getah seluas 13.5 hektar di Wilayah Ratnakiri. InsyaAllah ianya bakal mengeluarkan hasil pada penghujung tahun ini. Kebun ini mampu memberi peluang pekerjaan kepada sekurang-kurangnya 13 ketua rumah, ianya juga bakal menyumbang kepada kos operasi Maahad Imam Syafi’e dan aktiviti kebajikan di Kemboja. Kepada yang berminat untuk menyertai skim ini, bolehlah menghubungi kami untuk maklumat lanjut.

PERANCANGAN MASA DEPAN

Keperluan pendidikan adalah fokus utama AIS, perancangan perlu dilakukan agar proses pendidikan berjalan dengan lancar.

Memandangkan keluasan tapak waqaf yang sediaada di Kg Keh, Kampot agak terhad untuk dibangunkan keperluan infrastruktur tambahan. AIS telah menguruskan pembelian tapak tambahan di sebelah tanah waqaf sediada. Tapak baru ini sedang dibangunkan bangunan tambahan setinggi empat tingkat yang mempunyai enam(6) bilik.

Apabila siap, bangunan tambahan ini adalah pelengkap kepada Kompleks Pendidikan di Kg Keh,Kampot.

Waqaf bangunan  tambahan ini boleh dipecahkan mengikut bilik atau unit seperti berikut; 1 Bilik (8m x 8m) USD10,000 atau apa-apa jumlah yang diinginkan oleh penyumbang/pewaqaf.

Kepada yang berminat untuk melaksanakan waqaf bangunan tambahan, bolehlah menghubungi kami untuk tindakan lanjut.

Bagi memenuhi keperluan infrastruktur pendidikan dimasa akan datang, tapak seluas 12.8 hektar di Kg Prey Tenong Wilayah Kampot telah diurus pembelian oleh AIS dari sumbangan waqaf dan pendahuluan dari Dana AIS. Tapak ini bakal dibangunkan dimasa akan datang. Sumbangan waqaf untuk tapak ini masih dibuka dengan harga RM25 per meter persegi.

SUMBANGAN/TAJAAN/WAQAF & AQIQAH

Akademi Imam Syafi’e-Dana Kemboja sentiasa mengalu-alukan sumbangan/tajaan/waqaf dan pelaksanaan aqiqah. Tuan-puan boleh terus bank-in ke Maybank Islamic (553083023763) atas nama AKADEMI IMAM SYAFI’E-DANA KEMBOJA dan maklumkan kepada kami tujuan sumbangan melalui email akademimamsyafie@gmail.com atau sms ke +6012-2942574.


PENUTUP

Sekali lagi kami di AIS mengucapkan jazakumullahukhairan atas penyertaan Muslimin dan Muslimat semua, semoga Allah swt mengganjari usaha ini dengan kebaikan dan kelapangan di dunia dan Jannatul Firdaus di akhirat kelak. Amiin.

Sila layari dan klik like : www.facebook.com/akademiimamsyafie untuk
maklumat terkini atau layari http://www.akademimamsyafie.blogspot.com/

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa,
AKADEMI IMAM SYAFI’E-DANA KEMBOJA.