Saturday, 13 July 2013

ZIARAH & PROGRAM BINA SEMANGAT SIRI (2)

Alhamdulillah, ziarah oleh Ahli Jawatankuasa Pemegang Amanah Akademi Imam Syafi'e-Dana Kemboja dan Program Bina Semangat Siri (2) oleh Kapten Mohamed Fadhil Abdullah di Maahad Imam Syafi'e Kg Keh, Kampot, Kemboja telah diadakan dengan jayanya pada 24-25 Mei 2013. 

Program Siri (2) ini adalah kesinambungan Program Siri (1) yang lalu. Hasil pemantauan menunjukkan perkembangan para pelajar & guru adalah amat positif dan membanggakan. Program ini juga telah melibatkan lima (5) pelajar perubatan yang diselia tajaannya oleh  AIS-Dana Kemboja dan juga disertai oleh (3) Dai'e seliaan AIS di Wilayah Kampot. 

Guru-guru Maahad Imam Syafi'e telah menunjukkan peningkatan dan kesungguhan yang amat baik. Semoga mereka istiqomah dengan kesungguhan dan keikhlasan ini.

Lima pelajar perubatan yang diselia tajaan mereka oleh AIS turut mengikuti program ini

Para pelajar sedang mengikuti sesi pertama program

Kapten Mohamed Fadhil sedang mengendalikan program "sesi in-door"

Sesi khas untuk pelajar perubatan

Acara keluar dari ikatan 

Diraikan dengan air kelapa

Makan malam bersama pelajar, guru & AJK Masjid as-Syaakirin, Kg Keh. Makan malam diadakan di halaman asrama Maahad Imam Syafi'e.



Mesyuarat bersama guru-guru Maahad Imam Syafi'e(MIS). Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Daud Qasim,Pengerusi JK Maahad Imam Syafi'e. Moga Allah swt perteguhkan sof pentadbir MIS.

Program Motivasi & Bina Semangat diteruskan untuk hari ke 2. 
Aktiviti hari kedua lebih tertumpu kepada program out door. Semangat berpasukan & bersaing untuk kejayaan amat terserlah dikalangan para pelajar. Benarlah kata-kata orang dahulu........jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..................
Program ini berjaya memecah minda mereka bahawa semua orang sebenarnya berpotensi untuk mencapai kejayaan jika berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh disamping berdoa dan bertawakkal kepada Allah swt.






Aktiviti terakhir sebelum penutup: MEMBINA JAMBATAN DARI KERTAS
Dua Kumpulan telah bersaing untuk membina jambatan dari kertas yang paling kukuh.

....Perancangan, Ketelitian & Pelaksanaan yang tepat demi menggapai sebuah kejayaan....Moga kamu semua merupakan benih Ummah yanga akan menghasilkan buah-buahan yang manis untuk Ummah di masa hadapan..... siiru 'ala barakaatillah wahai anak-anak ku....

Usaha diteruskan untuk menikmati kejayaan....

Konsep "MAMPU MEMIMPIN DAN MAMPU DIPIMPIN" amat wajar menjadi prinsip dan amalan dalam kehidupan tidak kira di bumi mana berada dan di langit mana berteduh. Jika ini dapat dipastikan, insyaAllah kejayaan bakal dicapai....
Doa kami; Moga kamu begitu wahai anak-anak.

Kerjasama yang erat bakal menghasilkan natijah yang baik......teruskan semangat dan sikap ini.

Alhamdulillah.....hasil kerja masing-masing.

Proses menilai kualiti kerja oleh "Panel Jurutera Penilai"

Ujian kualiti 1.....alhamdulillah bertahan...

Ujian kualiti diteruskan.....

Masih bertahan.....

Kedua-dua jambatan masih bertahan.....

Akhirnya.....ada jambatan yang "runtuh" tidak mampu menampung bebanan......

Kejayaan mempertahankan kualiti "jambatan" disambut dengan gembira oleh kumpulan tersebut 

Sesi Muhasabah & Menilai......moga kesilapan ini dapat diperbaiki untuk membina kejayaan yang lebih baik.

Muhasabah diselang seli dengan suntikan semangat dari AJK AIS yang bertindak sebagai Motivator pembantu kepada pemilik hakcipta modul Kapten Mohamed Fadhil.....jasa anda amat besar dan bakal terpahat dengan dakwat dari Nuur.....




Sesi penilaian tugasan dari Modul Siri (1) dan pengagihan hadiah oleh penaja: Kapten Mohamed Fadhil kepada setiap kumpulan mengikut markah yang mereka berjaya kumpul. 



Sesi penutup.....semua pelajar bersalaman dengan para guru, motivator & AJK-Akademi Imam Syafi'e.  




Moga program Siri (2) ini dapat menambah semangat kesungguhan untuk berjaya yang telah tersemat dijiwa mereka. Sesungguhnya mereka adalah Ummah masa hadapan yang amat bernilai. 

Pada ziarah ini, pihak AIS juga telah mengambil kesempatan untuk melaksanakan amanah aqiqah kambing dan lembu pada 24hb Mei & 25hb Mei. Kambing-kambing aqiqah telah dilaksanakan di asrama Maahad Imam Syafi'e Kg Keh pada hari pertama dan kedua manakala aqiqah lembu telah dilaksanakan di Madrasah Darul Aitam Kg Kendal,Kampot yang diselia oleh Yayasan Manabi'ul Khayr(Kemboja).







Progres pembinaan bangunan baru di Maahad Imam Syafi'e Kg Keh amat memuaskan. Semoga urusan ini dipermudahkan Allah swt. 

Kepada yang ingin berwaqaf dalam pembinaan ini bolehlah menghubungi mana-mana AJK Pemegang Amanah Akademi Imam Syafi'e atau terus membuat pindahan ke akaun Maybank atas nama Akademi Imam Syafi'e-Dana Kemboja: 553083023763. 

Sila maklumkan pindahan bank ini kepada akademimamsyafie@gmail.com atau sms ke 0122942574 untuk tujuan pengasingan dana sumbangan. 




Friday, 21 June 2013

PENGUMUMAN

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA USTAZ ISA ALI (LY YSEU) TIDAK LAGI BERKHIDMAT SEBAGAI WAKIL AKADEMI IMAM SYAFI'E-DANA KEMBOJA BERKUATKUASA 1 APRIL 2013. SEGALA URUSAN BERKAITAN PROGRAM MISI PENDIDIKAN DAN KEMANUSIAAN UMAT ISLAM KEMBOJA, SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PIHAK AHLI JAWATANKUASA PEMEGANG AMANAH AKADEMI IMAM SYAFI'E (AIS).
SEKIAN, DIMAKLUMKAN. 

Friday, 5 April 2013

PUSAT PENDIDIKAN IMAM SYAFI'E, KG KUAU, BACHOK, KELANTAN, MALAYSIA


ما من يوم يصبح العباد فيه إلا ملكان ينزلان فيقول أحدهما:
اللهم أعط منفقًا خلفاً، ويقول الآخر: اللهم أعط ممسكًا تلفًا
( الصحيحين)

Terdapat dua Malaikat yang akan berdoa
pada setiap pagi untuk seseorang hamba dengan doanya : Ya Allah kurniakanlah kepada mereka yang infaq (sedekah) gantian dan seorang lagi akan berdoa : Ya Allah hilangkanlah daripada mereka yang menahan dari infaq. (Riwayat Bukhari & Muslim)


PUSAT PENDIDIKAN AKADEMI IMAM SYAFI’E
Dalam fasa pertama AIS mengorak langkah membangunkan Pusat Pendidikan Imam Syafi'e yang merangkumi bangunan Masjid dan Asrama pelajar-pelajarnya. Kerja-kerja pembinaan sedang dilakukan.

Peranan utama Pusat ini ialah menguruskan penempatan serta pendidikan pelajar-pelajarnya. Kurikulum pendidikan AIS adalah gabungan diantara pengetahuan akademi dan agama melalui kurikulum pendidikan Kementerian Pelajaran, Majlis Agama Islam Negeri dan kurikulum AIS. Gabungan ketiga-tiga kurikulum ini bertujuan melahirkan anak-anak bangsa yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama, tahfiz dan sains demi memenuhi keperluan Ummah di masa hadapan.
  
إذا مات الإنسان انقطع عمله إلاّ من ثلاث: صدقة جارية، أو علم ينتفع به، أو ولد صالح يدعو له
(رواه مسلم)
Apabila matinya insan, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat darinya, anak yang soleh yang mendoakanya. (Riwayat Muslim)

KONSEP
Pusat Pendidikan ini terdiri dari sebuah masjid dan asrama anak-anak yatim atau miskin di atas tanah wakaf di Kg Kuau, Bachok, Kelantan. AIS akan menguruskan pengendalian masjid, asrama dan semua urusan berkaitan pendidikan anak didiknya. AIS akan mengadakan Perjanjian Persefahaman dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK) iaitu badan yang mengendalikan pendidikan agama menengah di negeri Kelantan. Ia bertujuan untuk menempatkan pelajar-pelajar AIS di sekolah-sekolah dibawah kelolaan YIK. Aliran pendidikan yang dipilih hanyalah gabungan Pendidikan Islam dan Sains sahaja.

Pelaksanaan kurikulum tambahan pula akan diuruskan oleh AIS meliputi komponen, Tahfiz al-Quran, Pengajian Tafaqquh dan Kemahiran Insaniah. Kesemua kos pendidikan pelajar-pelajar tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh AIS.

MATLAMAT
Penubuhan Pusat Pendidikan Imam Syafi'e adalah bertujuan untuk menyediakan sistem penjagaan dan pendidikan komprehensif berteraskan konsep kesepaduan ilmu dalam sistem pendidikan Islam bagi anak-anak yatim dan miskin. Ini sejajar dengan usaha-usaha meningkatkan kualiti hidup dikalangan masyarakat Islam di Malaysia khususnya anak-anak yatim serta miskin.

إذا إردت تليين قلبك فأطعم المسكين، وامسح على رأس اليتيم (رواه أحمد)
Apabila kamu mahukan ketenangan hati maka berilah makan kepada orang-orang miskin dan usapkanlah kepala anak yatim
(Riwayat Ahmad)

Hasrat dan cita-cita ini dirancang untuk merealisasikan perkara-perkara berikut:
*    Mendidik anak-anak yatim atau miskin dengan pendidikan Islam dan akademik
*    Menyediakan keperluan jagaan dan pendidikan yang sempurna bagi anak-anak yatim atau miskin.
*    Menyelia dan menyelaras kurikulum tambahan seperti:
o   Tahfiz al-Quran
o   Pengajian Tafaqquh
o   Kemahiran Insaniah
*    Menjadi pusat pergembangan Syiar Islam dengan konsep pusat pendidikan terbuka serta pusat khidmat masyarakat bagi penduduk setempat.
  
KURIKULUM PENDIDIKAN AIS
*    Pendidikan Formal: Mengikuti pengajian aliran sains agama di sekolah agama kelolaan YIK.
*    Program Tahfiz
o   6 Juzu’ setahun. (30 Juzu’ dalam tempoh 5 tahun)
*    Pengajian Tafaqquh.
o   Empat kali seminggu melibatkan:
§  ‘Aqidah
§  Tafsir
§  Hadis
§  Feqh
*    Kemahiran Insaniah:
o   Kemahiran Keusahawan.
o   Kemahiran Vokasional
o   Kemahiran Komunikasi.

قوله صلى الله عليه وسلم: والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار (رواه الترمذي)
Sedekah itu akan menghapuskan kesalahan (dosa) sepertimana air memadamkan api.
  
JUMLAH PELAJAR PADA SETIAP KEMASUKAN
*    20 pelajar pada setiap pengambilan dengan jumlah maksima seramai 100 penuntut.

ما نقصت صدقة من مال....(رواه الترمذي)
Tidak akan berkurangan harta yang disedekahkan…
(Riwayat al-Tirmizi)

KEWANGAN 
AIS memerlukan sumber kewangan secara tajaan atau sumbangan untuk membiayai kos perbelanjaan menyiapkan infrastruktur dan kos perbelanjaan bulanan. Berikut adalah anggaran kos yang diperlukan:
PERKARA
JUMLAH
Masjid
RM200,000.00
Asrama
RM350,000.00
Bas Sekolah
RM80,000.00
Kelengkapan masjid & asrama
RM120,000.00
JUMLAH
RM750,000.00

CADANGAN BANGUNAN
Kompleks AIS ini dirancang supaya dapat menampung seramai 100 pelajar pada satu-satu masa. Kompleks ini mengandungi komponen berikut :
*    Sebuah Masjid berukuran 55’ X 55’.
*    Sebuah bangunan asrama tiga tingkat berukuran 25’ X 50’ iaitu; 3 bilik asrama yang besar.

LAKARAN PELAN MASJID
 

TAPAK MASJID SEBELUM KERJA-KERJA PEMBERSIHAN

TAPAK MASJID SEDANG DIBERSIHKAN

 

TAPAK MASJID SEDANG DIBERSIHKAN

SECARA RASMINYA PEMBINAAN MASJID DIMULAKAN


JURUTERA EN RAMZAN ABDULLAH (YANG TELAH MENG INFAQ KAN KEMAHIRAN BELIAU), TUKANG & PENYELIA SEDANG MENGUKUR TAPAK MASJID

JURUTERA EN RAMZAN ABDULLAH, TUKANG & PENYELIA SEDANG BERBINCANG 


(من بنى لله مسجدا ولو كمفحص قطاة لبيضها بنى الله له بيتا في الجنة) ( رواه أحمد)

Sesiapa yang membina masjid kerana Allah sekalipun seluas tempat burung mengerang telurnya nescaya Allah akan bina rumah untuknya di syurga
(Riwayat Ahmad)

KERJA-KERJA PEMBINAAN MASJID PADA 13/4/2013

KERJA-KERJA PEMBINAAN MASJID PADA 5/5/2013

 

 TAPAK ASRAMA SEBELUM KERJA-KERJA PEMBERSIHAN PADA TAHUN 2010

 TAPAK ASRAMA SELEPAS KERJA-KERJA PEMBERSIHAN PADA TAHUN 2010

KERJA-KERJA UNTUK TINGKAT BAWAH ASRAMA SEDANG DIJALANKAN 


PADA 2013, KERJA-KERJA ASRAMA DITERUSKAN, KELEWATAN INI DISEBABKAN DANA YANG TERHAD 

KERJA-KERJA PEMBINAAN ASRAMA PADA 13/4/2013



 
                          

                            KERJA-KERJA PEMBINAAN ASRAMA PADA 5/5/2013

 

  


قوله صلى الله عليه وسلم: فاتقوا النّار، ولو بشق تمرة  
(متفق عليه)
Hindarilah api neraka sekalipun dengan (bersedekah) sebelah biji tamar


SUMBANGAN
Sebarang sumbangan dan tajaan dari semua pihak amatlah dialu-alukan. Para Penyumbang  boleh menyalurkan sumbangan ke akaun AKADEMI IMAM SYAFI’E :

MAYBANK CAWANGAN BACHOK
553083022164
(Akademi Imam Syafi’e)

atau menghubungi Pengerusi, Setiausaha atau Ahli Jawatankuasa Pusat Pendidikan Imam Syafi’e seperti berikut:

NAMA
JAWATAN
TELEFON
Mohd Zamerey Bin Abdul Razak
Pengerusi
zamerey@asianfinancebank.com
+60122942574
Norziha Bt Abdul Razak
Setiausaha
norzihaabdulrazak@yahoo.com
+60123515617
Dr. Muhamad Zahiri Bin Awang Mat
AJK

+60192269567
Rahimi Bin Md Saad
AJK
+60126706655
+60132444343
Mohamad Zalami Bin Abdul Razak
AJK
+60179850668

وقوله سبحانه :مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
 سورة البقر:245
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
(al-Baqarah:245)

PENUTUP 
Harapan dan perancangan penubuhan Pusat Pendidikan  Imam Syafi’e ini disokong dan dibantu oleh setiap lapisan masyarakat demi kepentingan dan kecemerlangan anak-anak yatim, anak-anak miskin khasnya dan ummah amnya.

PROFILE AJK PEMEGANG AMANAH PUSAT PENDIDIKAN IMAM SYAFI'E 
MOHD ZAMEREY BIN ABDUL RAZAK ( Pengerusi)
Mendapat Sarjana Muda Syariah-Feqh & Usul Feqh (Kepujian) dari Yarmouk University, Irbid,Jordan, (1997). Kemudian beliau melanjutkan pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperolehi Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Syariah) pada tahun 2002. Sekarang ini beliau menyambung pendidikan ke peringkat Doktor Falsafah (Syariah & Undang-undang) Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau memulakan kerjaya sebagai Guru di Maahad Kiblah, Bangi (1999). Pengurus Operasi (2002) Mulex Centric Sdn Bhd. Ketua Jabatan Syariah, Takaful IKHLAS Sdn Bhd (2003). Sekarang ini beliau menjawat jawatan Ketua Jabatan Syariah merangkap Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah, Asian Finance Bank Berhad, Kuala Lumpur.(Kumpulan Qatar Islamic Bank)

NORZIHA BINTI ABDUL RAZAK (Setiausaha)
Mendapat Ijazah Diploma Usuluddin dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu 2000. Kemudian menyambung ke peringkat Sarjana Muda Dakwah Pengurusan Islam di Universiti Sains Islam Malaysia 2003 (USIM), sedang menyiapkan tesis Sarjana Dakwah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekarang beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 2, Kuala Lumpur.

DR.MUHAMAD ZAHIRI BIN AWANG MAT (AJK)
Mendapat pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda (B.A. Hons), dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari al-Azhar Universiti, Kaherah(1992). Kemudian melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (M.Ed) dalam bidang Pendidikan Islam dan Kurikulum di Yarmouk Universiti, Irbid, Jordan (1996). Kemudian melanjut pengajian di peringkat Doktor Falsafah Ph.D di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di bidang Pendidikan Islam dan Kurikulum (2005). Memulakan kerjaya sebagai Pensyarah di Kolej Anjung Selatan, Sepang pada 1997 seterusnya sebagai Pensyarah di Institut Pendidikan, Universiti Islam Antrabangsa Malaysia.

RAHIMI BIN MD SAAD (AJK)
Mendapat pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda(Kepujian) dari Yarmouk Universiti, Irbid Jordan (1997). Kemudian melanjut pendidikan diperingkat Diploma Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1999) dan memperolehi Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya pada tahun 2003. Memulakan kerjaya sebagai Pengurus Pelancongan Pendidikan di ASH-HAR Travel & Tour Sdn Bhd (1997) seterusnya sebagai Pendaftar di Kuliah Pondok Darulnaim (1998). Sekarang beliau bertugas sebagai Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

MOHD ZALAMI BIN ABDUL RAZAK (AJK)
Mendapat pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam di Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia (1994). Memulakan kerjaya sebagai pengurus syarikat keluarga. Sekarang ini, beliau mengusahakan  perniagaan berasaskan sendiri.