Saturday 11 August 2012

BERKONGSI RASA MOGA DIBERKATI YANG ESA

Alhamdulillah rombongan Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Umat Islam Kemboja-Ziarah Ramadhan 1433H dari 14-16 Ramadhan berjalan seperti yang dirancang. Pelbagai amanah dan tugasan dapat dilaksana dan disempurnakan.

Lapan ekor kambing aqiqah telah selamat dilaksanakan masing-masing 4 ekor di Masjid Kg Keh dan 4 ekor di Masjid Muhammad al-Jabri Kg Tepiang Tepau, Wilayah Kampot yang telah menjadi menu istimewa majlis iftor (berbuka puasa) pada hari ke 14 dan ke 15 Ramadhan. 

Untuk makluman pembaca, penyertaan aqiqah kambing dibuka sepanjang tahun. Harga dan kos pelaksanaan seekor kambing aqiqah ialah RM500. Sekiranya terdapat lebihan pada harga belian kambing dan kos pelaksanaan, lebihan tersebut akan disalurkan kepada Dana Operasi dan Pembangunan Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Umat Islam Kemboja. Untuk penyertaan sila hubungi Akademi Imam Syafi'e ditalian +60122942574 atau email akademimamsyafie@gmail.com.



AIS telah menguruskan amanah bantuan makanan asas kepada 440 keluarga faqir di Wilayah Kampot dan 117 keluarga lagi Wilayah Kandal.







Kepuasan memberi terpancar di wajah para sukarelawan dan penyumbang (Kapten Mohamed Fadhil) yang menyertai rombongan ini.


Tazkirah oleh Ustaz Sulaiman Hasan sebelum majlis agihan berjalan. 20 daripada 170 penerima bantuan di majlis ini yang diadakan di Masjid Kg Stengkau,Wilayah Kampot adalah dari kalangan bukan Islam. Nilai rahmatan lil'alamin dilaksanakan secara amali. 

Kepuasan penyumbang dan penerima. Moga kedua-duanya dirahmati dan diberkati Allah swt.

Sedikit tazkirah untuk penerima pada majlis pengagihan yang berlangsung di Masjid Kg  Svay Relom, Wilayah Kandal. Intipati tazkirah ialah bersyukur dengan nikmat Allah taala iaitu nikmat Ukhuwwah Islamiyah dan jangan sekali-kali lupa untuk mendoakan kesejahteraan para penyumbang. Jazaakumullahukhairan kepada para Ustaz dan Ustazah dari Madrasah Islamiyah Dubai, Phnom Penh yang bertindak sebagai sukarelawan utama dalam menjayakan agihan bantuan di Wilayah Kandal ini. 


Amanah Iftor juga telah dilaksanakan di Masjid Kg Keh pada 14 Ramadhan dan diteruskan oleh Mudir dan guru-guru Maahad Imam Syafi'e sebagai wakil AIS sehingga ke akhir Ramadhan.

Iftor juga diagihkan ke Masjid Muhammad al-Jabri Kg Tepiang Tepau 6 kali, Masjid Kg Andong 5 kali, Masjid Kg Priang Pring 13 kali, Masjid Kg Tedap 5 kali, Masjid Kg Prey Tenong 2 kali dan Masjid Kg Krong 2 kali. Semuanya berlangsung sehingga akhir Ramadhan melalui wakil-wakil AIS.







Masjid Muhammad al-Jabri Kg Tepiang Tepau, Wilayah Kampot.





Pelajar-pelajar Maahad Imam Syafi'e di Kompleks Pendidikan Imam Syafi'e 1 telah diberi saguhati atas kesabaran dan kegigihan mereka menuntut ilmu sekalipun sekolah-sekolah kerajaan di Kemboja telah bercuti. Semoga pengiktirafan kegigihan ini menyemarakkan lagi semangat mereka.




Asrama Pelajar telah diceriakan dengan pemasangan awning,kaki lima dan kerusi rehat. InsyaAllah ianya bakal melahirkan Modal Ummah yang beriman dan bermanfaat kepada diri mereka serta Ummah.


Antara tugasan rombongan ziarah ini ialah meninjau pembinaan bangunan tambahan di Kompleks Pendidikan Imam Syafi'e 1 di Kg Keh, Wilayah Kampot. Alhamdullilah ianya berjalan dengan baik sekalipun sedikit terkesan kerana musim hujan. InsyaAllah bangunan ini bakal dibina setinggi 3 tingkat dengan keluasan 25M x 8M. 

Waqaf pembinaan ini masih lagi dibuka. Muslimin dan muslimat boleh menyalurkan pelaburan akhirat secara terus ke akaun Maybank Akademi Imam Syafi'e-Dana Kemboja: 553083023763. 

Kami memohon agar Muslimin-Muslimat memaklumkan urusetia setiap sumbangan yang telah dibuat samada melalui sms ke +60122942574 atau email ke akademimamsyafie@gmail.com untuk tujuan pengasingan dana. Moga jariah ini bakal mengalirkan pahala yang berpanjangan disisi Allah swt.





Tapak projek ini diwaqafkan oleh En Nik & Isteri. Moga beliau, isteri dan keluarga sentiasa dipayungi rahmat, keberkatan dan keampunan Ilahi.


Manakala tanah di bersebelahan tapak ini diwaqafkan oleh Tuan Hj Ir Mohd Normarzuki. Semoga beliau diganjari kebaikan sodaqotun jariah yang berpanjangan.




Ditulis pada:21 Ramadhan 1433H / 11 Ogos 2012.

No comments:

Post a Comment