Thursday 23 August 2012

IBADAH KORBAN/AQIQAH DI KEMBOJA 1433H/2012M

MISI PENDIDIKAN DAN KEMANUSIAAN UMAT ISLAM KEMBOJA 
IBADAH KORBAN/AQIQAH DI KEMBOJA 1433H/2012M
Lembu:RM250/Bahagian. Kambing:RM500/Ekor.



PENGENALAN
Saudara-saudara Islam kita di Kemboja hidup dalam keadaan yang dhaif dan menyedihkan. Mereka amat memerlukan sumbangan dan bantuan daripada masyarakat yang prihatin dan masyarakat yang menghayati konsep persaudaraan di dalam Islam. Menyedari hakikat ini, AKADEMI IMAM SYAFI’E(AIS) di atas nama KEBAJIKAN mengambil inisiatif untuk mengerakkan Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Umat Islam Kemboja bagi menyempurnakan tanggungjawab terhadap saudara seagama yang sedang berada dalam kesusahan. Diantara aktiviti misi ini ialah menguruskan pelaksanaan ibadah korban/ aqiqah, bantuan elaun kepada Dai’e/ Guru/ Guru-guru al-Quran, Tajaan pelajar dan pembinaan Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e di Kg Keh, Wilayah Kampot.



Pihak AIS telah menguruskan pelaksanaan Ibadah Korban dan Aqiqah di Kemboja sejak tahun 1430H. Pada tahun 1432H yang lalu AIS telah diamanahkan untuk melaksanakan ibadah korban dan aqiqah bagi sejumlah 179 ekor lembu dan 78 ekor kambing. Program Korban & Aqiqah tersebut telah dilaksanakan di 25 pusat terpilih di Wilayah Kampot, Wilayah Kg Som,Wilayah Koh Kong, Phnom Penh,Wilayah Kg Cham, Wilayah Kratie,Wilayah Prey Veng dan Wilayah Svay Rieng.




Program Korban & Aqiqah telah dilaksanakan di 25 pusat yang telah ditetapkan seperti berikut:



1.     Masjid Kg Mak Prang, Wilayah Kampot.
2.     Masjid Kg Tedap, Wilayah Kampot.
3.     Masjid Kg Keh, Wilayah Kampot.
4.     Masjid Kg Beong Loi, Wilayah Kg Som.
5.     Masjid Bentey Prai, Wilayah Kg Som.
6.     Masjid Pon Bon, Wilayah Koh Kong.
7.     Surau Pon Bon, Wilayah Koh Kong.
8.     Masjid Kg Dai Reb, Wilayah Koh Kong.
9.     Masjid Kg KM 9, Phnom Penh.
10.  Sekolah Islam Dubai, Phnom Penh.
11.  Kg Kar Khnor, Wilayah Kg Cham.
12.  Kg Puk Soi, Wilayah Kg Cham.
13.  KgTang Ha, Wilayah Kg Cham.
14.  Kg Kaeng, Wilayah Kg Cham.
15.  Kg Sedial, Wilayah Kg Cham.
16.  Kg Phom Seh, Wilayah Kg Cham.
17.  Kg Embel, Wilayah Kg Cham.
18.  Kg Weal Ruich, Wilayah Kratie(Kraceh).
19.  Kg Ro, Wilayah Kratie (Kraceh).
20.  Kg Brek Senday, Wilayah Kratie (Kraceh).
21.  Kg Tenot, Wilayah Kratie (Kraceh).
22.  Kg Dey Thmei, Wilayah Kratie (Kraceh).
23.  Kg Phnom Do, Wilayah Kratie (Kraceh).
24.  Kg Krohom Ko, Wilayah Prey Veng.
25.Kg Ochalong, Wilayah Svay Rieng.

Ibadah Korban dan Aqiqah dilaksanakan di pusat-pusat ini,  dimana kampung-kampung sekitarnya akan datang  kesini untuk menyembelih dan membawa balik daging atau lembu yang telah disembelih untuk diagihkan di kampung-kampung mereka.

Sukarelawan AIS di Kemboja, Ustaz Abu Bakar sedang menerangkan (dalam bahasa Khmer) cara-cara menunaikan solat Eidul Adha kepada para jamaah di masjid Muhammadiyah Kg Mak Prang, Wilayah Kampot.

Khutbah disampaikan oleh Dai'e AIS, Ustaz Isa Ali.

Para Jamaah sedang mendengar khutbah

 Amanah pengagihan sumbangan hariraya kepada kanak-kanak diserahkan kepada Dai'e AIS, Ustaz Abdul Rahman



Penyertaan ini datang daripada individu di Malaysia, Qatar, UAE, Oman, Arab Saudi dan juga penyertaan melalui pertubuhan/organisasi yang bekerjasama dengan AIS seperti Badan Kebajikan Kakitangan Islam BNM, Kelab Sukan dan Rekreasi Kumpulan PNB-Biro Endah, JAKKAS-MIDA, BAKKIS-RHB, Wargakerja Asian Finance Bank, Warga Kerja TECHNIP, Wargakerja EXXON MOBIL, Wargakerja TNBF, Surau ar-Raudhah Nusa Subang dan lain lain.
 

Ustaz Radhi, Wartawan Utusan menunaikan amanah pelaksanaan ibadah korban

Ustaz Khairudin dari Penang yang turut sama menyertai rombongan 1432H.




Rombongan dari Penang yang menyertai Misi 1432H

Di Masjid Kg Tedap, Wilayah Kampot.

Di Wilayah Kg Som (Sihanoukville)

 Di Wilayah Kg Som (Sihanoukville)

Di Wilayah Kg Som (Sihanoukville)_Bersama sebahagian ahli qaryah & Dai'e AIS yang membantu pelaksanaan Ibadah Korban/Aqiqah.

Di Wilayah Koh Kong

Wilayah Kg Cham

Wilayah Kg Cham

Di Wilayah Kg Cham

Di Wilayah Kg Cham_Bersama sebahagian penduduk kampung.




Kedudukan Wilayah-Wilayah di Kemboja.




Menjadi amalan Akademi Imam Syafi’e, sebarang lebihan dari kos belian ternakan dan kos pelaksanaan ibadah korban/aqiqah, akan disalurkan kepada Tabung Pembinaan/Operasi Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e dan Tabung Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Umat Islam Kemboja. Lebihan kos bagi tahun 1432H yang lalu, telah menyumbang kepada sebahagian daripada kos pembinaan asrama pelajar di Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e I dan menampung sebahagian daripada perbelanjaan operasi/aktiviti misi pendidikan dan kemanusiaan dibawah seliaan AIS di Kemboja. Pada tahun ini, jika terdapat sebarang lebihan ia juga akan disalurkan untuk tujuan yang sama.



PROGRAM KORBAN/AQIQAH MISI PENDIDIKAN DAN KEMANUSIAAN UMAT ISLAM KEMBOJA.
“Idul Adha adalah hari yang sangat ditunggu-tunggu oleh Umat Islam di Kemboja dan disambut dengan begitu meriah. Perayaan ini merupakan peluang untuk mereka menikmati juadah istimewa iaitu daging-daging lembu atau kambing yang disembelih sebagai ibadah korban/aqiqah. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka dengan kehadiran ‘Idul Adha.
Bagi menjiwai suasana tersebut, AIS menggalakkan para peserta ibadah korban dan aqiqah 1433H untuk turut serta ke sana bagi meraikan ‘Idul Adha bersama-sama saudara seIslam di sana serta menyelami kehidupan yang mereka lalui.
Selain dapat mengembirakan saudara seIslam di Kemboja dengan daging-daging dari pelaksanaan ibadah korban/aqiqah ini, AIS juga berusaha menyesuaikan bantuan “one-off” ini agar dapat dikembangkan untuk membantu strategi  pembangunan jangkapanjang terutamanya melalui perancangan pembangunan pendidikan. Penyesuaian ini dirangka agar ianya dapat membantu membangunkan mereka melalui penguasaan ilmu pengetahuan. Sokongan dan bantuan ini bakal membantu mereka untuk bangkit sebagai Muslim yang mempunyai jatidiri serta mampu memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.
Sebarang maklumat lanjut atau maklum balas mengenai misi ini, sila hubungi Jawatankuasa Misi Pendidikan Umat Islam Kemboja, Akademi Imam Syafi‘e seperti berikut



NAMA
BIDANG TUGAS
EMAIL
TELEFON
Us. Mohd Zamerey Bin Abdul Razak
Pengerusi
+6012 2942574
Dr. Mohd Sukki Bin Othman
Setiausaha
+6019 3241364
Us. Rahimi Bin Md Saad
AJK
+6012 6706655
Dr. Zawawi Bin Ismail
AJK
+6013 3515884


Alamat Perhubungan Akademi Imam Syafi'e:

No 10, Jalan Damai 7, Taman Desa Damai, Sg. Merab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Tel: +6012 2942574 Fax: +603 79675145 E-Mel: akademimamsyafie@gmail.com

www.facebook.com/akademiimamsyafie


“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya”(Al-Baqarah: 261)



Lembu:RM250/Bahagian. Kambing:RM500/Ekor.




BORANG WAKALAH IBADAH KORBAN / AQIQAH

Saya ........................................................................................... (nama),  mewakilkan kepada Akademi Imam Syafi’e untuk menguruskan pelaksanaan ibadah korban / aqiqah sebanyak ............... bahagian lembu/ekor kambing dengan bayaran RM ............…..... (harga & kos pelaksanaan) bagi pihak saya dan/atau penama-penama dibawah. Saya juga bersetuju untuk menyumbang lebihan harga & kos pelaksanaan ini untuk pembinaan/operasi Kompleks Pendidikan/aktiviti/operasi Akademi Imam Syafi’e di Kemboja.

  1. _____________________________________
  2. _____________________________________
  3. _____________________________________
  4. _____________________________________
  5. _____________________________________
  6. _____________________________________
  7. _____________________________________

***   Bersama ini disertakan wang tunai/cek bernombor……………..……../ wang dimasukkan dalam akaun Maybank Islamic (553083023763 ) atas nama AKADEMI IMAM SYAFI’E-DANA KEMBOJA sebanyak RM……………. untuk tindakan pihak tuan.

Tandatangan
…………………………………………
Tarikh
…………………………………
No. Tel/ HP                
…………………………………………
Alamat
…………………………………
E-mail       
…………………………………………

…………………………………

Nota Penting:
Bagi tujuan rekod dan penyelarasan, sila maklumkan setiap penyertaan korban/aqiqah yang dibuat melalui; E-Mel: akademimamsyafie@gmail.com atau SMS ke: 012-2942574 atau Fax ke +603 79675145 atau E-Mel: AJK di atas. Sila  pastikan Tuan/Puan mendapat jawapan penyertaan daripada kami.

No comments:

Post a Comment